ID.AZ Derm Dermastic BRIGHT-FIT MASK@ ID.AZ Brightening Facial Mask
Premium sheet mask yang khusus untuk mencerahkan kulit muka dengan lebih berkesan dan cepat selepas pemakaian. Mengandungi pearl extract, ortulaca oleracea extract dan berry complex yang membantu mencerahkan tona kulit menjadi lebih cerah. Kulit jadi lebih cerah bukan hanya luaran tapi cerah dari dalam. Dalam masa yang sama, kulit jadi lebih segar dengan kesan pencerahan yang terbaik selepas mask ditanggalkan.
Cara Pakai
1. Cuci muka dan pakai toner.2. Koyakkan pek sheet mask dan tanggalkan film liner.
3. Adjust sheet mask mengikut kesesuaian dan keselesaan bentuk muka.
4. Biarkan dalam masa 10 minit 20 minit. Jangan tunggu sampai kering sebab nanti serum tu akan menarik semula pada sheet mask.
Hasilnya memang letop! Kulit muka rasa segar gila dan kulit pun cerah setona sekata dari tona asalnya. Paling best pakai yang bright ni dia tak melekit sebab texture serum tu lebih cair dan mudah menyerap. Super best lah! Boleh acah-acah feeling buat rawatan muka di spa tapi buat di rumah je.
Sheet mask ni boleh pakai bila-bila masa suka dan ikut kesesuaian. Kalau kulit kau orang sunburn, ID.AZ Derm Dermastic BRIGHT-FIT MASK sesuai untuk merawat kulit muka dan mencerahkan kulit kau orang tu. Selain tu, jenis kulit kusam atau pucat boleh juga gunakan bright sheet mask ni untuk nampak lebih cerah, sihat dan lebih segar.
Serum yang terkandung dalam bright sheet mask ni dia lain sikit. Warna putih cair seperti putih susu adalah ekstrak mutiara yang berfungsi untuk mencerahkan kulit. Tak sama macam serum yang pernah Fiza pakai sebelum ni. Kalau perasan, sheet mask ni macam oversaiz. Bolehlah Jadi, dia akan cerah sekata satu muka penuh macam tu.
Serum yang terkandung dalam bright sheet mask ni dia lain sikit. Warna putih cair seperti putih susu adalah ekstrak mutiara yang berfungsi untuk mencerahkan kulit. Tak sama macam serum yang pernah Fiza pakai sebelum ni. Kalau perasan, sheet mask ni macam oversaiz. Bolehlah Jadi, dia akan cerah sekata satu muka penuh macam tu.
ID.AZ Derm Dermastic BRIGHT-FIT MASK sesuai untuk semua jenis kulit. Untuk kulit kering, Fiza dah cuba ID.AZ Derm Dermastic WATER-FIT MASK dan nak kulit muka glowing dan lebih tegang, Fiza gunakan ID.AZ Derm Dermastic GOLDEN-FIT MASK. Cukup 3 variasi ID.AZ Derm Fit Mask yang Fiza dah cuba. Semua suka!
Harga dan Pembelian
RM12.90 | 23g
Boleh dapatkan di mana-mana cawangan Watsons yang terpilih atau beli secara online melalui website atau media sosial di bawah.