Apa yang Fiza nampak, bila berlaku kisah macam ni dan identiti suspek diketahui, macam biasa bawang rangers a.k.a makcik bawang laju je menjalankan tugas masing-masing. Semalam juga trending artis K-POP South Korean girl group f(x), Sulli found dead at home. Puncanya masih dalam siasatan tapi ada juga berita keluarkan fakta salah satu puncanya adalah depresi disebabkan cyber bullies. Lebih kurang macam serangan bawang rangers. Kalau nak tahu di Korea lagi teruk kena kecam, kalah bawang rangers Malaysia.
Bawang rangers ni pantang kalau ada kisah-kisah yang tengah hot jadi viral. Laju je tinggalkan komen bukan-bukan pada gambar, post dan yang terlebih rajin jadi penyiasat. Habis segala maklumat peribadi semua di gali dan mangsa teruk kena kecam tak sudah-sudah. Kadang rasa kesian dengan orang yang kena kecam tu. Patut ke dikecam sungguhpun dia bersalah? Kenapa kita perlu kecam sedangkan kita tak tahu hal sebenarnya? Tak rasa bersalah ke kecam orang?
Lebih baik kita diam, muhasabah diri lebih baik. Biarlah pihak yang bertanggungjawab jalankan tugas mereka. Janganlah kita kecam dan hukum mereka. Tahu tak yang akibat kecaman ni boleh menyebabkan depresi. Penyakit depresi ni bukan penyakit yang boleh dibuat main. Ini juga salah satu punca yang menyebabkan kematian. Bayangkanlah kau orang kena kecam setiap hari dengan kata-kata yang kau orang sendiri taknak dengar. Siapa yang sanggup tahan? Mesti rasa trauma seumur hidup akibat kecaman. Betul tak?

Fiza pun pelik, sekarang ni macam menjadi-jadi je trend kecam mengecam ni. Makin besar komuniti bawang rangers ni. Timbul rasa takut nak menaip sesuatu. Takut kena kecam tak pasal-pasal. Kadang nasihat pun kena kecam. Apo! Aduhaii bawang rangers. Kalaulah tak ada bawang rangers, rasanya hidup lebih aman. Moga kita sentiasa dibawah lindunganNya serta dijauhi dari segala musibah. Aaaminn...