Isu body shaming makin menjadi-jadi sampai keluar dah akta "Body shaming adalah jenayah". Kalau tak keluar akta ni memang rasanya sampai kesudahlah isu body shaming ni tetap berterusan viral di laman sosial media terutamanya dalam dunia hiburan. Tak faham kenapa body shaming ni dijadikan sebagai lawak. Iyelah, melawak pun jadi sampai mengina rupa fizikal seseorang tu.
"Body shaming" atau perbuatan menghina rupa fizikal seseorang dimana-mana perkhidmatan aplikasi boleh didakwa di abwah seksyen 233(1)(b), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998(Akta 588). Kesan kepada mangsa : Stress dan gangguan emosi, kehilangan keyakinan diri, kecelaruaan pemakanan, kemurungan dan kejadian bunuh diri.
Nampak tak kesan kesan akibat body shaming ni. Nampak macam remeh je tapi sebenarnya sangat sangat serius okay! Memang efek kehidupan seseorang. Gemuk, pendek, hitam, muka pecah, peha melimpah, muka berlubang dan bermacam lagilah kata-kata yang boleh menghiris hati seseorang.
Luaran seseorang memang tak nampak terasa tapi dalam hati menusuk sangat. Ada juga mangsa yang dikenalpasti mengalami bipolar disorder disebabkan kes macam ni. Bahaya untuk diri sendiri dan orang disekeliling juga.
Body shaming adalah jenayah buli siber. Mangsa boleh buat laporan polis atau kepada SKMM. Mengikut seksyen 233(1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ( Akta 588), jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM50k atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.
Agak berat juga hukuman tu. Jadi, jaga mulut dan jaga tangan jangan laju je nak body shaming orang lain di media sosial. Kalau viral kes body shaming di media sosial memang teruklah kena serang dengan bawang rangers.