Sebab jiran depan rumah jual kuih bahulu depan rumah dia juga. Bila raya mesti order kat dia. Kalau pernah ke Kuala Pilah, sepanjang jalan Kuala Pilah-Seremban kiri kanan gerai jual kuih bahulu, lemang, itik salai, tolo itik dan bermacam-macam lagilah. Memang meriah kiri kanan jalan, itu juga salah satu sebab jalan sentiasa jammed. Lagi-lagi bila hujung minggu.
Okay berbalik kepada tajuk di atas. Kuih bahulu yang biasa nampak jenis star shaped atau bahasa melayu dipanggil cermai. Macam buah cermai lah rupa dia. Bentuk lain macam jarang jumpa. Biasa mak mertua beli kuih bahulu dari jiran yang dah lama buat. Ada juga peniaga muda yang jual kuih bahulu tapi rasa dia tak sesedap orang lama buat.
Harga sebekas kuih bahulu berubah-rubah juga. Kadang RM11, kadang RM12. Ikut musim agaknya kot. Fiza kalau dapat kuih bahulu ni buat cicah dengan air. Makan macam tu je pun sedap. Anak buah Fiza suka betul dengan kuih bahulu ni. Siap nak bawa balik sebekas. Memang bahulu ni kuih kegemaran sepanjang zaman lah.
Pada Fiza, rasa kuih bahulu ni sama je cuma bezanya kerangupan kuih bahulu tu. Suka makan kuih bahulu yang rangup sikit tu. Lagi sedap kalau dapat makan fresh from oven. Tapi tak mungkin tak dapat melainkan kalu buat sendiri. Dulu-dulu mak suka buat kuih bahulu ikut cara tradisional guna acuan dan bakar guna arang tu. Tapi sekarang tak buat lagi.
Nak membuatnya pun agak leceh dan ambil masa kan. Tapi dengan teknologi yang ada, semuanya guna mesin dan oven pun guna yang jenis besar gedabak tu. Maka, proses dia jadi singkat dan cepat siap. Bab rasa tu, memang berbeza. Cara tradisional juga yang win. Siapa je yang rajin buat zaman sekarang ni. Beli je lah senang kan.
Rasanya macam dah lama tak makan bahulu sejak dah jarang balik kampung selepas abah mertua meninggal tahun lepas. Mak mertua pun dah duduk bandar. Sesekali je balik kampung bila ada kesempatan. Kebetulan mak singgah rumah haritu, selain rendang dan mangga epal. Mak bawa bahulu juga. Boleh juga buat menu untuk minum petang.