Mak abah sebenarnya bukan makan sangat pun. Mungkin dah biasa makan. Kadang beli untuk simpankan stok anak-anak je. Mak kita kan, of courselah tahu lauk kegemaran anak-anak dia. Setiap kali balik mesti akan ada lauk udang. Tak kisah lah galah atau tak. Mesti akan ada punya. Asal Fiza balik je mesti mak keluarkan udang dalam peti ais. Bila lama tak balik, mulalah mak telefon cakap ada udang nak pancing kita balik kampung lah tu. Faham sangat. Alhamdulillah rezeki.
Sekarang ni bila balik kampung, Fiza akan masak sendiri la. Tak harapkan mak masak dah kecuali lauk yang memang sedap dimasak oleh mak je. Setakat lauk udang galah masak lemak cili api ni mudah je. Takde hal lah nak masak. Lagipun udang sungai masak apa pun sedap. Rasanya manis dan isi dia sedap. Style masak lemak orang johor mudah je lebih kurang orang negeri sembilan. Yang penting wajib pedas. Jom belajar cara masak udang galah masak lemak cili api mudah je.
Bahan-bahan
Udang
1 biji santan kelapa
Air (untuk perah santan)
1 genggam cili api
1 inci kunyit hidup
2 keping asam keping
garam secukup rasa
1 biji santan kelapa
Air (untuk perah santan)
1 genggam cili api
1 inci kunyit hidup
2 keping asam keping
garam secukup rasa
Cara masak
1. Bersihkan udang dulu dan masukkan dalam periuk. Tak perlu letak atas dapur lagi. Sementara tu perah santan secukupnya dan masukkan ke dalam periuk. Pastikan paras santan tu lebih sikit daripada paras udang (undang tenggelam).2. Untuk blend kunyit dan cili api tu gunakan santan je tak perlu guna air dah. Siap blend terus masukkan dalam periuk yang sama.
3. Letak periuk atas dapur dan masukkan garam dan juga asam keping. Untuk elakkan santan pecah minyak, masak guna api perlahan. Atau kalau rajin boleh kacau kacau perlahan. Biasanya masak guna api perlahan je sebab tak ada masa nak menunggu dan mengacau tu. Biarkan sampai udang masak. Biasa masak udang sekejap je tak biarkan lama sebab kalau lama sangat nanti isi udang tu keras kurang sedap.
Mudah bukan? Boleh juga guna cara ni untuk masak lemak cili api ayam ke ikan sungai ke. Memang inilah cara paling mudah. Satukan semua bahan dan masak atas dapur. Tak payah nak tumis bagai. Bahan pun sikit je kan.
Mudah bukan? Boleh juga guna cara ni untuk masak lemak cili api ayam ke ikan sungai ke. Memang inilah cara paling mudah. Satukan semua bahan dan masak atas dapur. Tak payah nak tumis bagai. Bahan pun sikit je kan.