Padahal Fiza bukan jenis yang suka bersesak dengan orang ramai. Tapi entah kenapa tergerak kaki nak ke sana dengan husband (masa tu masih status boyfriend). Masing-masing memborong buku dan majalah. Bermacam-macam buku kami orang borong. Buku ilmiah, majalah dan novel kami orang beli. Ratusan ringgit jugalah keluar duit masa tu.
Sekarang ni kalau ada mana-mana BBW memang tak pergi lah kecuali kalau betul-betul ada buku yang nak dibeli. Novel novel english yang Fiza beli ni pun dah lama terabai tak terbaca. Kalau baca komik laju je habiskan sebab suka baca komik daripada novel. Komik english yang Fiza suka baca "Diary of a Wimpy Kid". Itupun dah lupa kisah dia dan tak beli edisi terkini dah.
Ikutkan kalau pergi BBW tu nak je beli borong banyak buku. Tapi entah mana nak letak tak tahu lah. Rak buku pun dah penuh. Yang masih berbalut pun tak buka lagi. Husband punya novel english pun banyak melebih daripada koleksi Fiza. Aduhaiii, sama-sama pengumpul buku sejak dulu. Sekarang ni cukup sudah. Lepas kahwin lansung tak pergi dah. Duit digunakan lebih kepada keperluan lah.
Novel english Fiza suka baca walaupun ada part yang kurang faham. Dulu beli sebab nak improve english. Sekarang ni nak cakap english dengan siapa pula kan. Novel melayu ada satu je Fiza beli "Bukan Kerana Aku Tak Cinta" sebab masa tu tengah trending Drama tu lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Jebat dan Mastura). Pengaruh drama betul lah kan. Terbeli sebab tak sabar nak tunggu ending kisahnya.