Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Fakta Atau Auta Tentang Mandarin Orange

$
0
0
Morning! Haa, tenggelam timbul tuan blog. Sibuk tak boleh bawa bincang dah sekarang ni. Kejap ada kejap tak ada je ni. Permulaan bulan januari tahun baru yang tak berapa nak indah. Sibuk dan tak cukup rehat lansung. Adududu..Bertabahlah hadapi dugaan hidup ye. Hari ni ada masa sikit bolehlah update dan blogwalking kejap. Berapa hari je lagi nak masuk Tahun Baru Cina. Dalam kepala masing-masing dok fikir cuti. Tapi sebab Tahun Baru Cina/ Chinese New Year ni jatuh pada hari sabtu, maka tak berapa nak rasa cuti sangatlah kan.

Kau orang suka makan buah Mandarin Orange/Limau Mandarin tak? Kalau dapat yang manis tu, makan satu pun tak cukup. Tapi sejak terbaca beberapa fakta tentang limau mandarin ni yang kurang elok, terus kurang makan. Yang pernah Fiza alami adalah sakit tekak dan sakit perut. Bukan nak cakap limau tu tak elok dimakan lansung. Jangan silap faham ye. Sebenarnya ada cara makan limau mandarin yang betul dan selamat dimakan.


CARA MAKAN LIMAU MANDARIN DENGAN BETUL

Cara paling mudah, lepas kupas kulit tu kena basuh tangan sebelum pegang isi limau dan makan. Jangan sesekali tangan yang kupas limau tu pegang isi limau dan masuk dalam mulut sebab kulit limau mandarin ni masih lagi ada kesan racun/bahan kimia untuk elak dirosakkan serangga bagi membolehkan limau lebih tahan lama dan manis. Atau nak lagi selamat, rendam dulu limau tu dengan air garam untuk buang kesan racun pada kulit limau.

Ohh, patutlah selama ni makan sakit perut cirit birit dan makan sikit pun dah sakit tekak. Begitu kisahnya. Ada juga sesetengah buah limau mandarin yang di import tidak menjaga kualiti limau sebabnya haritu ada beli sekotak limau mandarin. Dalam sekotak tu, 8 biji je elok. Yang lain berkulat. Entah bila punya packaging pun tak tahu. Terus tak beli dah dan bila benda tu terjadi, rasa hilang rasa nak makan limau mandarin dah.

Ada juga dengar cerita orang kat Cina basuh limau lepas petik tu dia campak kat sungai je dan kutip semula buah-buah tu kat hujung sungai. Kira macam kaedah membasuh limau. Haa, jangan memain bukan calang-calang dia basuh limau tu. Entah betul ke tidak tak tahu lah cerita tu. Jangan kau orang percaya dan terima bulat-bulat. Mungkin juga hanya cerita dongengan atau buat-buat cerita je. Itu sebabnya kena basuh betul-betul baru selamat untuk dimakan. Itu yang nak ditekankan sebenarnya.

KHASIAT LIMAU MANDARIN

Sedia maklum kita tahu yang limau memang kaya dengan vitamin C untuk kesihatan dan kecantikan. Mujarab juga sebagai ubat sembelit. Makan buah limau atau buah-buah yang tertentu dapat membantu proses penghadaman lebih baik. Dua hari dah Fiza makan limau, makan berak makan berak je ni. Ini tak tahu salah cara makan atau memang betul betul hadam sampai tak bagi peluang menternak lemak. Kempislah perut camni. Hahaha, jangan claim pulak makan limau kempiskan perut ye.

JENIS LIMAU MANDARIN

Limau mandarin pun ada pelbagai jenis dan nama. Ponkan, mikan, lokam antara jenis yang popular. Nak tahu lebih lanjut, sila google okay. Dan nak tahu jenis limau mahal dan murah tu, boleh bezakan melalui bungkusan limau. Yang dibungkus dengan plastik transparent tu lebih mahal daripada yang dibungkus dengan plastik merah. Itu apa yang Fiza baca lah. Kalau ada yang silap, sila betulkan diruangan komen. Dalam gambar tu, company husband bagi. Manis dan sedap. Patutlah  masuk kategori mahal sikit.

Moralnya disini, makan limau tu biar berpada-pada dan jangan over limit. Makan sikit-sikit je sudah dan kebersihan diutamakan untuk kesihatan terjamin. Lagi-lagi sekarang cuaca tak menentu dan bermacam-macam penyakit ada disebabkan pemakanan. Influenza A pun masih belum reda lagi. Itu lagi bahaya sebab boleh dijangkiti melalui penafasan dan sentuhan. Kalau demam, selsema dalam tempoh yang lama kena cepat-cepat jumpa doktor. Orang kata, mencegah lebih baik daripada merawat.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles