Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Happy Birthday To Me

$
0
0
Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Puan Azhafizah. Allah selamatkan kamu. Happy Birthday to me! Alhamdulillah, 7 Februari 2020 bertambah satu umur lagi. Dah 3+ dah weiii.. Makin bertambah usia, makin besar cabarannya seorang manusia tu. Bersyukurlah masih dipinjamkan nyawa, diberikan segala nikmat oleh Allah.


Seusai suami balik dari sembahyang jumaat, dah bersiap-siap nak pergi lunch. Kira cuti masaklah sempena birthday. Bagi chance lah kat Puan hari ni cuti masak kan. Disebabkan plan nak bercuti tu tak jadi. Jadi, digantikan dengan table for two je lah ye. Small celebration je pun cerita dia. Tak meriah tapi cukup bermakna. 



Request kat suami nak pergi The Admire Cafe @8 yang dahulunya The Admire Cafe @Dusun. Ni kira kali kedua lah Fiza datang cafe ni tapi pertama kali di lokasi baru. Baru je pindah lokasi baru. So hari ni datang lagi untuk celebrate birthday Fiza. Kek Birthday, tak nak berubah masih lagi tetap dengan pilihan Kek Pandan Gula Melaka. Tak pernah tak sedap!

RM13.50/slice

Fish n Chips RM13.90 dan Smoky Chicken Grilled RM15.00(tiada dalam gambar)

Honey Lemon RM4.50 & Sirap Lychee RM3.00
Semua sedap! Harga dan portion standard harga lah kot. Alhamdulillah..Mak mertua pulak bagi bekal ayam rendang. Rezeki makan harini. Terima kasih semua atas ucapan dan doa. Semoga Allah membalas  dengan segala kebaikan. Aaminn...



Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles