Semua kisah yang dikongsikan oleh mereka semuanya kisah yang baik. Arwah suka bersedekah, suka tolong orang dan paling utama tanggungjawab pada mak dan keluarga. Banyak amalan-amalan baik yang arwah lakukan. Ribuan manusia datang solatkan arwah dan mengiringi jenazah sampai ke tanah perkuburan. Allah muliakan arwah disebabkan amalan-amalan baik arwah masa hidup. Rasa macam tak percaya arwah dah tak ada.
Setiap yang hidup pasti akan mati. Kita semua akan mati jua cuma kita tak tahu bila ajal kita. Cuma dari kisah arwah ni, banyak pengajaran yang kita dapat untuk perbaiki hidup kita supaya kita juga dapat pengakhiran yang sama seperti arwah. "Kita baik ramai sayang". Betul kata arwah. Ramai sayangkan arwah walaupun ada dalam satu video tu dia kata dia ada 2 orang je kawan. Kalau kita baik, inshaAllah ramai sayang. Amalkan lah buat baik dengan orang. Itu ayat arwah yang sangat memberikan kesan.
Tapi pengakhirannya sangat dicemburui ramai. Kebaikan yang disembunyikan dan diketahui selepas ketiadaannya dengan izin Allah. Allah muliakan dia dan permudahkan segala urusan jenazah sehingga ke liang lahat. Semoga Allah ditempatkan arwah dan mereka yang telah pergi meninggalkan kita bersama dengan orang-orang yang beriman. Aaminn.. Al fatihah...
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah beliau , rahmatilah beliau , maafkanlah beliau , muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..