Sudahnya potong terus daun yang masih elok. Boleh juga buat ulam walaupun dapatnya sejemput je. Jadilah rezeki merasa bayam hasil tuaian pertama. Krup krap krup krap rangup dia. Sedap tu tak tahu nak kata lah sebab macam tak ada rasa pulak bila makan tu. Mungkin kalau ditumis atau digoreng tambah garam sikit adalah rasa dia. Fiza pencinta sayur, jadi tak ada masalah pun nak makan mentah buat ulam. Plus, suka makan ulam-ulaman jugak.
Batang, daun elok dan daun yang rosak Fiza asingkan siap-siap. Yang elok dah dibuat ulam. Yang rosak tu campak terus dalam tong sampah ye. Tapi batang dia jangan kau orang buang. Potong kecil-kecil dan cucuk semula dalam tanah. Kalau buang terus, rugilah lah. Baik tanam semula dapat juga hasilnya nanti.
Fiza ada tambah sikit lagi potongan batang bayam brazil ni. Selepas hari ke 8 dah nampak meriah pucuk baru muncul. Yeay! Suka tengok pokok cepat berhasil dan senang tanam. Fiza guna pasu baru dan tanah baru ni dengan harapan takde lagi anasir yang tak diundang datang. Dan Fiza buat baja organik untuk menghalang serangga datang.
Baja Organik
1 labu bawang putih, 5 tangkai cili api, air 500ml. Kisar semua bahan ni, tapis dan ambil air je. Hampas tu boleh letak pada pangkal pokok boleh buat baja. Air tapisan tu peram 24 jam simpan dalam peti ais. Esoknya nak guna masukkan 100ml air tapisan ke dalam penyembur dan campurkan dengan 1 sudu besar minyak masak dan juga 1 sudu teh pencuci pinggan jenis cecair tu.
Tambahkan air secukupnya dalam bekas penyembur kemudian goncang. Bolehlah kau orang semburkan pada daun, terutamanya bawah daun sebab bawah daun ni lah tempat lepak serangga dan kulat. Boleh sembur seminggu sekali untuk kawal dan halang serangga perosak datang. Suka guna racun serangga organik ni sebab selamat digunakan. Tak perlu nak beli dah. Buat sendiri je.

So memang betul lah senang je nak tanam bayam brazil ni. Bukan sekadar orang cakap je. Dah cuba sendiri barulah terbukti senang dan betul lah apa kata netizen. Seronok pulak tengok cepat membesar macam ni. Tolong besar cepat sikit. Boleh buat lauk pulak. Tapi kalau dah besar sikit kau petik buat ulam, bila masanya nak banyak buat lauk? Hihi