Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Bekalan Dari Kampung

$
0
0
Balik dari kampung selepas kenduri selesai, banyak bekalan yang dibekalkan. Tak pernah lah balik rumah dari kampung dengan tangan kosong. Ada je lah bekalan dari kampung yang kena bawak balik. Kadang tu kalau boleh tak nak bawak balik sebab lebih fikirkan bekalan mak abah kat kampung tu. Tapi bila dipaksa bawak balik, bawak jugalah. Bukan apa, takut membazir kalau bawa sekali banyak. Tinggal pun berdua je. Jenuh jugalah nak menghabiskan stok bekalan tu. 

Biasanya kalau terlebih dan tak mampu habiskan tu, awal-awal dah bagi kat jiran. Disebabkan kali ni ada kenduri dan adik-beradik semua balik. Masing-masing dah dapat bekalan masing-masing. Jadi, bahagian tu jadi sikit lah merasa sorang sikit macam tu. Kira cukup cukuplah bekalan untuk masing-masing bawak balik. Yang mana tak makan dan rasa terlebih tu, tolak pada yang nak lebih. Tapi kalau stok cili api dapat lebih pun takpe sebab kat bandar ni susah betul nak dapat cili api kampung. Dah dapat banyak macam ni pun dah syukur sangat.


Buah nanas dapat sebiji. Itupun besar kemain lagi. Siap buat nasi goreng nanas 2 kali dan selebihnya buat air je. Buah jambu batu, sekali hadap je habis terus. Kalau dapat asam tabur tu lagi sedap makan. Lama betul tak makan jambu batu ni. Pisang tanduk nangka pun bawak 3 biji je. Tunggu masak sikit baru goreng. Biasanya sehari satu je goreng, itupun dah cukuplah makan berdua untuk minum petang.

Semua bekalan ni dimanfaatkan sepenuhnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni. Syukur bawak juga bekalan dari kampung ni. Ada juga bekalan makanan kat rumah ni. Ye lah, nak keluar rumah kejap pun takut dan risau. Tapi kalau dah habis makan tetap kena keluar beli juga. Bertabahlah semua. Jaga pemakanan, kesihatan dan kebersihan dirumah. Semoga semuanya terjaga.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles