Bila duduk berkurung dalam rumah, aktiviti masak menjadi-jadi pulak kan. Dalam masa yang sama rasa bosan dah masak. Jadi, untuk menghilangkan rasa bosan masak menu yang dah biasa masak tu Fiza cubalah resepi yang tak pernah masak atau jarang-jarang masak. Sekarang pun tengah kegilaan dengan resepi viral. Sedang ada bahan-bahan tu eloklah disegerakan mencuba Japanese Souffle Pancake yang orang kata sedap dan mudah nak buatnya pun.
Japanese souffle pancake adalah sejenis hidangan jepun yang enak dimakan ketika sarapan pagi atau minum petang. Tapi di Malaysia ni, anytime je boleh makan. Tak ada spesifik waktu. Asal teringin je boleh buat sendiri. Kalau beli diluar katanya mahal juga harganya. Tak tahu lah berapa harganya sebab tak pernah lagi atau Fiza je yang tak tahu kat mana. Disebabkan bahan-bahan sikit dan mudah nak buat, Fiza pun cubalah buat untuk sarapan pagi. Ikut je resepi mudah ni.
2 biji telur kuning
15 ml susu segar
1 tutup esen vanilla
Tepung kek 30g
Baking powder 1g
Adunan B
2 biji telur putih
Gula 30g
Cara-cara
1. Satukan 2 biji telur kuning, susu segar, esen vanilla. Kacau rata kemudian masukkan tepung dan baking powder dengan cara mengayak sambil kacau adunan untuk elakkan adunan berketul ketul. Dah kacau rata ketepikan dulu.
2. Siapkan adunan B pulak, kacau telur putih sampai berbuih dengan mixer. Kemudian masukkan gula dan pukul sampai pekat likat macam meringue. Kaup separuh dan campurkan dengan bahan A. Dah rata, campur separuh lagi. Masa campurkan dua adunan ni gaul perlahan manja-manja tak payah guna mixer okay.
3. Panaskan kuali non stick letak minyak sikit je. Letak satu scoop kemudian letak lagi satu scoop untuk bagi pancake tebal sikit. Nak tebal lagi tambah lagi 1 scoop adunan. Biarkan masak 2 minit baru terbalikkan. Nak senang kau orang guna scoop aiskrim. Dah terbalik tunggu masak kejap dan angkat. Siap!

Sedap! Lembut je bila gigit tu. Alhamdulillah menjadi souffle pancake ni. Bolehlah buat lagi. Ada juga yang tambah jus lemon untuk tambahkan lagi kesedapan dan nyah bau telur tu. Nantilah cuba tambah lemon pulak. Sedap di makan dengan honey, gula icing, berries ataupun whipped cream. Ada chocolate syrup lagilah sedap kan. Well, bolehlah tiruvasi menu ni untuk breakfast kau orang di rumah. Atau untuk minum petang.