Dulu teringin nak masak pulut, fikir 2 3kali nak masak ke tidak. Kalau ikutkan cara orang lama memang leceh nak kena rendam dulu baru boleh masak. Ikut cara Fiza senang je, cara paling mudah masak pulut kuning guna periuk nasi je. Tak payah beria gunakan perkhidmatan periuk kukus gedabak tu. Inilah hasilnya daripada masak guna periuk. Masak sekata dan tak berkerak.
Cara Fiza masak pulut kuning sama macam masak nasi guna kaedah dalam gambar di bawah. Tu gambar masak nasi. Gambar masak pulut lupa nak snap sebab tak plan nak update entry. Aduh! Kalau masak nasi biasa tu letak air je kan. Sukatan air ikut sukatan jenis beras. Untuk beras pulut susu ni Fiza guna beras pulut susu jasmine masak 1 1/2 pulut.
1/2 cawan santan
1 cawan air
1/2 sk garam
1 sk serbuk kunyit
1/2 sb gula
1 sb minyak masak
1 helai daun pandan
1 cawan air
1/2 sk garam
1 sk serbuk kunyit
1/2 sb gula
1 sb minyak masak
1 helai daun pandan
Kacau semua bahan dalam satu bekas dan tuangkan masuk dalam bekas beras pulut yang dah siap dibasuh. Pastikan bekas yang digunakan bekas yang sesuai untuk microwave/oven ye. Lepas tu tunggu je sampai masak. Pastikan air dalam periuk nasi tu tak kering. Bila nak masak tu, kacau kacau lah bagi rata dan biarkan masak sekata.
Senang ya amat nak masak pulut kuning style macam ni kan. Campur campur dah tunggu masak je. Tak leceh dan agak cepat masak pun ye jugak. Mujur juga ada cara senang. Kalau leceh malas juga nak memasaknya. Sukatan bahan-bahan tu kau orang boleh adjust lah. Fiza tak letak santan banyak dan lebihkan air. Garam tu secukup rasa je dan gula tu bagi nak rasa lemak manis santan dan pulut masak cantik berkilat. Letak minyak untuk pulut nampak berkilat juga. Kalau guna santan segar tak perlu letak. Fiza guna santan kotak je.
Ada orang masak pulut, sukatan air tu betul-betul parasa pulut. Fiza guna sukatan adunan bahan tu sema dengan sukatan pulut. Tapi cara macam ni okaylah kan, agak-agak tak cukup masak tambah je air, kacau dan biarkan masak je. Benda senang buat apa nak susah-susah. Hihi..
Ada orang masak pulut, sukatan air tu betul-betul parasa pulut. Fiza guna sukatan adunan bahan tu sema dengan sukatan pulut. Tapi cara macam ni okaylah kan, agak-agak tak cukup masak tambah je air, kacau dan biarkan masak je. Benda senang buat apa nak susah-susah. Hihi..