Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Sedap

$
0
0
Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Sedap | Awal Ramadhan ni hari-hari hujan. Syukur cuaca sejuk dan kurang sikit ujian berpuasa tu. Biasa kalau tiba waktu hujan, mulalah perut mintak makanan tapi bila kau dah niat berpuasa tu perut terus segan nak mintak makanan. Dalam kepala ni dah berfikir-fikir " Nak masak apa untuk berbuka hari ni?" Okay, stok ayam ada lagi so kita masak rendang ayam je lah harini. Kalau merendang tu kena lah masak awal sikit.

Pukul 5 petang dah terpacak kat dapur tu. Solat asar siap-siap sebelum memasak senang nanti tak kelam kabut. Kalau masak rendang ni tak boleh nak tinggal sangat. Sat lagi tak perati hangus pulak tengah-tengah tu. Sejak berkahwin ni lah baru pandai masak rendang. Dapat jugalah beberapa tips dari mak mertua sikit-sikit.

Masak rendang ayam tu tumis dulu baru sedap. Lepas tu kalau masuk ayam tu, biarkan ayam kecut dulu baru letak santan dan air. Ada tips dari yang lain, letak guna anau macam dalam iklan raya TV tu. Kalau ikut style mak Fiza masak rendang letak kerisik baru sedap rasa rendang. Haa, pening nak aplikasi banyak tips dapur dari mak-mak kita ni. Ada je la petua dia kan.

Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Sedap

Kenapa Masak Rendang Lama?
Sebut je rendang, rasa macam malas betul nak masak sebab masak rendang ni ambil masa yang lama untuk masak. Tengok je la persiapan raya masak rendang tu macamana. Tak lama tak sah. Bukan kerana sibuk berborak sampai lupa rendang dalam kuali. Tapi nak masak rendang tu memang ada peraturan dia. Kena tunggu bahan tumis garing, tunggu ayam kecut dan kena tunggu kering dan ayam betul-betul masak. 

Bahan-bahan 
*1/2 ekor ayam potong kecil
*1 biji bawang besar
*2 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*2 inci halia
*1 inci lengkuas
*1 batang serai
*1 Genggam Cili Api
3 sudu cili kisar
Kerisik (2 genggam kelapa parut disangrai dan ditumbuk)
Minyak untuk menumis
1/2 kotak santan
1 cawan air
3 sudu kecil garam bukit
1 sudu gula perang
1 keping asam keping
2 helai daun kunyit (Diracik halus)

Cara Masak Rendang Ayam
Blend bahan-bahan yang bertanda *. Panaskan minyak dan tumis bahan blend tadi. Masukkan sekali cili kisar. Tumis sampai garing sikit dan pecah minyak, baru masukkan ayam. Kacau rata dan biarkan sampai ayam kecut. Masa ni boleh terus letak kerisik dan gaul rata. 

Dalam masa yang sama kena rajin kacau juga supaya tak hangus bahagian bawah tu. Bila ayam dah kecut tu barulah masukkan santan dan air. Kacau rata dan kena rajin mengacau jugalah kalau tak nak kejadian hangus hangit bawah tu. Rosak rasa nanti rendang tu nanti.

Dah masuk santan dan air tu. Masukkan lah juga garam, gula perang dan asam keping. Rajinkan lah mengacau sampailah rendang tu agak kering sikit. Ada orang suka berkuah lebih, ada orang suka kering sikit. Ikut tekak masing-masing. Last sekali barulah masukkan daun kunyit. Masa ni bau dia memang tak boleh tahan dah. Bulan puasa ni tak boleh nak rasa dan adjust rasa dia. 

Tapi kalau tak puasa tu kau orang bolehlah adjust rasa rendang kau orang tu sampai memenuhi kriteria rendang yang kau orang suka. Masak rendang mudah je cuma ambil masa lama sikit nak dapatkan rasa rendang yang sedap. Husband bertambah tambah makan bila masak rendang ni. Sedap katanya sampai terasa-rasa kat tekak sedapnya. Amboiii kemain puji lagi!

Masak rendang ni ada pelbagai cara ikut cara masing-masing. Ikutlah mana yang rasa senang nak di ikut dan paling penting rasa dia sedap. Tanyalah selera sendiri. Bila dah tahu masak sendiri boleh lah masak rendang ayam raya nanti kalau tak dapat balik kampung. Jadi lah kan dapat membangkitkan mood raya dengan adanya rendang ayam. Makanlah dengan ketupat dan lemang segera ada. Makan dengan nasi pun boleh. Janji ada rendang masa raya. Syahdu pulak kalau raya tak dapat balik kampung. Sob sob sobs...



Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles