Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8058

Syngonium Caladium Icicle, Pokok Keladi Putih

$
0
0
Ehhh ada lagi pokok mak kat kampung yang cantik. Dalam banyak-banyak pokok keladi, Syngonium Caladium Icicle ni paling cantik kot. Keladi putih dengan border hijau pada tepi tu memang nampak cantik. Pokok keladi putih hiasan yang unik dan rare. Jarang nampak kot kan? 

Biasa nampak jenis daun lebar hijau besar tu je. Keladi putih ni bukan daun dia je berwarna putih tapi paling menarik bahagian daun dia jenis beralun tepi-tepi tu. Cantik kan? Ini pun dah cop awal-awal kat mak nak anak pokok dia.



Mostly jenis pokok keladi ni mak Fiza letak bawah pokok biar redup sebab spesis pokok keladi ni manja sikit. Tak tahan panas direct cahaya matahari. Kena letak tempat redup redup dan tak direct matahari.

Fiza pun baru nak berjinak jinak jaga pokok keladi. Setakat ni dah bawa balik rumah, letak dalam pasu okay  je hidup sihat. Letak dekat ruang car porch redup dan lembap sikit lah sebab tak terdedah cahaya matahari.


Yang tak bestnya batang pokok dia halus sangat. Risau je kalau terlanggar terus patah. Kena letak kayu tengah dan ikat baru rasa macam stabil sikit pokok tu membesar.

Jenis-Jenis Caladium

  • Strawberry Star
  • Gingerland
  • White Wings
  • Carolyn Whorton
  • Fancy Candidum
  • Postmanjoyner
  • Red Flash
  • Elise
  • Aaron
  • Pink Beauty
  • White Queen
  • Frieda Hemple
  • White Christmas
  • Moonlight
  • Brandywine
  • Autumn Beauty
  • Icicle
  • Fannie Munson




Selain icicle, teringin juga nak ada white queen dan moonlight tu. Macam cantik macam lawa je tengok kalau in real. Kalau dapat free memang tak tolak. Orang kata rezeki jangan ditolak. Siapa pulak yang murah hati nak bagi pokok. Mimpi je lah dulu.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 8058

Trending Articles