Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8058

Perkara-perkara Penting Bulan Ogos

$
0
0
Kejap je dah masuk bulan 8 yang disebut bulan Ogos. Ya, semua orang tahu bulan ogos. Sajalah nak ingatkan yang kita dah masuk bulan Ogos dah. Rasa macam kejap betul bulan Julai berlalu. Rasa macam baru je update entry untuk permulaan Julai haritu. Banyak perkara-perkara penting dalam bulan Ogos ni. 


Wajib pakai Face Mask Bermula 1 Ogos

Nak ingatkan juga lah bermula 1 Ogos pemakaian pelitup muka (face mask) diwajibkan di pakai di tempat awam dan di tempat pengakutan awam yang sesak. Ingat tu! Jangan buat buat lupa pulak. Muka anda berharga RM1000 sekarang.

Kuanratin Wajib Di Sarawak 1-14 Ogos

Sesiapa yang datang ke Sarawak dari Semenanjung dan Sabah akan dikuanratin wajib di hotel berkuatkuasa bermula 1 Ogos sehingga 14 Ogos setibanya di Sarawak. 

Permohonan Lanjutan Moratorium 7 Ogos

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Moratorium dilanjutkan. Permohonan lanjutan moratorium boleh dibuat bermula 7 Ogos. Peminjam yang layak boleh menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan moratorium. 

Sempadan Malaysia-Singapura Dibuka 17 Ogos

Apa yang merisaukan 17 Ogos nanti sempadan Malaysia-Singapura akan dibuka. Sedangkan sekarang pertambahan kes pun dah merisaukan, apatah lagi bila sempadan dibuka nanti. Risau tak berkesudahan dibuatnya.

7th Years Wedding Anniversary 23 Ogos

Pejam celik pejam celik juga dah 7 tahun usia perkahwinan Fiza dan husband. Walaupun masih belum ada rezeki anak lagi. Masih lagi mampu tersenyum dengan kata kata yang mengguris jiwa. Hati wanita mana yang tak koyak bila dipersoalkan tentang anak.

Anak bukan pengukur kebahagiaan suami isteri. Bersyukur lah bahagia berdua bersama dan boleh feeling honeymoon setiap masa. Tak nak teruskan cakap pasal anak sebab hati tisu mudah koyak. Tanpa sedar air mata mengalir laju nanti. 

Usia makin bertambah, entah sempat entah tidak. Semoga Allah kurniakan kami zuriat pada masa yang tepat. Allah tahu apa yang terbaik untuk kami. Percaya pada perancangan Allah kerana perancangan Allah adalah yang terbaik.

7 tahun bukanlah waktu yang singkat, ikutkan dah boleh ada 2-3 orang anak dah. Siapalah kita nak tentukan soal rezeki ni. Mulut orang kita tak boleh nak kawal. Nak mengata pun mengatalah. Ikut suka lah...

Tahun ni kita makan sepotong kek je lah, sambutan 7th years wedding anniversary paling simple. Nak bercuti pun kena fikirkan banyak kali dengan pertambahan kes Covid-19 yang semakin merisaukan ni. Hold dulu. Next time okay kalau ada rezeki dan kena pada masanya. Nak merancang apa pun jadi serba salah dibuatnya.

Hari Kemerdekaan 31 Ogos

Sambutan hari merdeka ke 63 dalam suasana new normal. Tema tahu ni adalah 'Malaysia Prihatin'. Logo pula berbentuk hati dengan warna jalur gemilang yang melambangkan keprihatinan kerajaan kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum.


Life is like a book.
Some chapter are sad,
some are happy
and some are exciting.
But if you never turn the page,
you will never know
what the next chapter holds.
Apa lagi perkara perkara yang penting bulan Ogos ni? Kotlah ada yang tertinggal. Kita masih lagi berjuang melawan pandemik Covid-19. Masih lagi dalam dalam new normal. Jadi janganlah lupa nak amalkan SOP yang telah ditetapkan. #kitajagakita

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8058

Trending Articles