Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8058

Si Bunga Daisy Kampung

$
0
0
Selamat pagi semua. Selamat menikmati hari sabtu yang indah. Kemanakah harini? Ada yang pergi bercuti, ada yang balik kampung dan ada yang bekerja. Last balik kampung masa hari raya haji haritu. Itupun balik kejap. Jadi lah kan dapat cuti raya kejap.

Pagi pagi macam ni lepas breakfast, mulalah jelajah kawasan rumah dari depan ke belakang. Dari kiri ke kanan. Meninjau pokok mak yang ada. Mana yang berkenan, cakap terus. Tak payah bodek bodek dah. 

Pokok yang kita tak berkenan pun dia suruhnya kita bawa balik. Tapi ditolak mentah mentah. Pokok dah banyak kat rumah. Kecuali lah pokok yang rare yang cantik. Itu laju je ambil tak tolak. Perangai sangat kan!

Macam biasa sambil kita jelajah, kita ambil gambar sekeping dua. Tipulah sekeping dua. Ambil gambar pokok bunga mak sampai habis bateri handphone! Lighting pun on point sangat. Tak mungkin sekeping dua.

Bunga Daisy Orange

Si bunga Daisy berwarna oren/jingga, antara pokok bunga yang cantik kat halaman depan rumah mak. Ini jenis pokok bunga daisy kampung katanya lah. Pokok Daisy ni jenis mudah membiak dan berbunga sepanjang tahun.

Kenali Pokok Daisy

Pokok bunga Daisy berasal dari kawasan utara dan tengah Eropah. Tergolong dalam keluarga bunga Compositae yang terdiri daripada banyak kuntum kuntum kecil menjadi sekuntum bunga daisy.

Sejenis bunga yang sangat cantik dan mempunyai pelbagai warna. Ada warna putih, merah, pink, kuning, oren dan beberapa warna campuran.

Daisy bermaksud mula mekar/kembang pada waktu terbit matahari. Bunga Daisy dikatakan simbolik keikhlasan, kesetiaan dan kesucian. Sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah kepada seseorang.

Jenis-Jenis Bunga Daisy

  • Spanish Daisy
  • Blue Daisy
  • Lazy Daisy atau Prairie Daisy
  • African Daisy
  • Michaelmas Daisy
  • Swan River Daisy
  • Tatarian Daisy
  • Painted Daisy
  • Paris Daisy
  • Shasta Daisy
  • Crown-Daisy
  • Ox-eye Daisy
  • Nippon Oxeye Daisy
  • Giant Daisy
  • African Daisy
  • Kingfisher Daisy
  • Sunshine Daisy
  • Gerbera Daisy
  • Transvaal Daisy atau Barberton Daisy
  • Tahoka Daisy
  • Livingstone Daisy
  • Gloriosa Daisy
  • Dahlberg Daisy Butter Daisy

Yang paling popular adalah si Daisy yang bernama Shasta Daisy dan African Daisy. Dan ada beberapa jenis pokok bunga Daisy hanya boleh ditanam dan hidup di kawasan sejuk. Kalau di Malaysia ni, di Cameron Highland.

Itu sebabnya kalau beli pokok bunga di Malaysia (Cameron Highland) jangan mimpi nak beli pokok bunga yang cantik dan hanya sesuai hidup di tempat sejuk je. Sebelum membeli kena tanya dulu. Kalau tidak, sesia je beli. Bawak balik rumah, beberapa hari seterusnya tak mampu hidup dah.

Cara Tanaman Pokok Bunga Daisy

Pokok bunga daisy dibiakkan melalui biji benih bunga daisy dengan cara tabur terus atas tanah. Mudah sangat kan? Kalau medium tanah tu keras dan padat, sebaiknya gembur gembur kan dulu untuk memudahkan proses pertumbuhan akar dan pokok.

Pastikan juga kawasan tersebut mempunyai cahaya matahari yang cukup dan tidak terdedah kepada cahaya matahari dan cuaca panas terik. Jika cuaca panas, selalu lah siram dan baja sebulan sekali.

Penjagaan Pokok Bunga Daisy

Jika pokok bunga diserang serangga perosak atau penyakit. Boleh gunakan racun kulat. Kat nursery ada, tanya je pada tuan punya kedai. Letakkan baja fosfur untuk dapat bunga yang besar dan cantik. 

Bila musim kerap hujan, tutup pokok bunga dengan plastik lutsinar atau sesuatu yang boleh ditembusi cahaya untuk mengelakkan pokok bunga terlebih air siraman. 

Mak Fiza tak tanam dalam pasu. Tanam atas tanah  terus dan terdedah kepada cahaya matahari. Elok pula dia hidup. Pokok pokok kat kampung ni tak payah jaga sangat pun dia boleh hidup membesar dan membiak dengan banyak.

Yang kat bandar ni, dah letak dalam pasu cantik pun dia tak mahu nak hidup elok elok. Itu namanya cuaca dan udara kat bandar ni kurang sesuai untuk pokok tu. Kena faham juga lah karenah pokok yang sesuai di tanam dengan persekitaran di rumah kita.

Bukan salah tangan kita panas atau tak pandai tanam pokok. Ada banyak faktor yang membuatkan pokok tu tak hidup sihat. Faktor cuaca, persekitaran, pencahayaan, air siraman, baja dan lain-lain lagi lah. Cewahhh bercakap macam pandai sangat bab pokok ni.

Bukan lah pakar sangat pun. Cuma bercakap dari pengalaman sendiri je. Dulu give up terus nak tanam pokok bunga. Sampai habis pokok dan pasu angkut letak kat kampung semula. Punyalah merajuk dengan pokok pokok semua.

Nahhh, sekarang gigih kumpul semula pokok pokok hidup. Tak banyak mana pun sebab laman pun tak berapa nak besar. Tak muat dah nak tambah pokok baru. 

Cakap je tak muat tapi tiap kali balik kampung, ada je pokok dia bawak. Cakap tak serupa bikin. Mak yang suruh bawa. Aci tak guna alasan tu. 

Ada orang kata membazir je beli dan tanam pokok bunga. Ehhhhh minat masing-masing kan. Walaupun pokok bunga ni tak mendatang hasil untuk dimakan atau digunakan. Tapi hobi bercucuk tanam ni boleh dijadikan sebagai terapi jiwa. Tak gitu?

Takyah kecam sangat lah. Hobi masing-masing okay!

Sumber info : jomtanambunga

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8058

Trending Articles