Selepas tamat drama Tak Sempurna Mencintaimu, disajikan pula dengan Drama Bidadari Salju lakonan Sweet Qismina dan Adam Lee. Drama bidadari Salju juga adaptasi dari Novel hasil karya Mia Kiff akan bersiaran di slot Akasia TV3.
![]() |
kredit : myinfotaip |
Drama : Bidadari Salju
Jumlah Episod : 28
Mula Tayangan : Disember 2020
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, jam 7:00 malam
Siaran TV : Slot Akasia TV3
Penulis Skrip : PGRs Team, Tinta Jingga, Rofa Azzahra
Pengarah : Reza Badarudin
Produksi : A.Aida Production Sdn Bhd
Pelakon Drama Bidadari Salju
Sweet Qismina sebagai KayraAdam Lee sebagai Hariz
Nazrief Nazri sebagai Wan Hakimi
Zaki Azeman sebagai Aiman
Syazuwan Hassan sebagai Raqib
Fimie Don sebagai Naufal
Chacha Maembong sebagai Dania
Jaja Iliyes sebagai Anita
Aqil Taqeeuddin sebagai Hafizan
Siti Khadijah sebagai Marissa
Nizam Kama sebagai Asyraf
Puteri A'teeqah sebagai Athira
Damia Qaissarah sebagai Yaya
Jasmine Suraya
Zulkifli Ismail
Rosnah Johari
Lisdawati
Lan Zailan
Silfeny Osman
Ainaa Azhari
Sinopsis Drama Bidadari Salju
Mengisahkan Kayra yang sering menjadi mangsa buli dan selalu dihina di sekolah kerana paras wajahnya yang tidak cantik, penampilannya yang selekeh dan kemiskinannya. Hariz, pelajar seniornya selalu mencari fasal dengannya hampir setiap hari.Hariz terlalu membenci gadis ini hingga dia tergamak melemparkan fitnah yang meragut maruah dan harga diri gadis ini sehingga dia dipulaukan oleh ayah sendiri dan orang kampung. 8 tahun berlalu, Kayra akhirnya berjaya bangkit dari kejatuhan itu dan berjaya dalam hidupnya.
Namun akibat kisah silam yang memeritkan membuat dia membenci lelaki, cinta dan perkahwinan. Hariz sentiasa dibayangi dosa-dosa silamnya dan Kayra tidak pernah lupus dalam ingatannya. Dalam diam, rasa cinta tiba-tiba mekar dalam hatinya.
Memang jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Rupa-rupanya lelaki yang dibenci dan didendami sampai mati ini adalah jodohnya.
Kayra mula berasa seram sejuk, bulu romanya meremang, dia rasa geli geleman. Tolonglah, jangan berbicara soal lelaki, cinta dan perkahwinan. Janganlah ada yang berani bertanya soal ini kerana dia tak pernah terfikir sama sekali ekoran dendam silam dan rasa rendah diri. Perjalanan hidup Kayra penuh berliku.
Menempuhi zaman remaja yang amat menyedihkan. Diri di hina, keluarga di sisih oleh masyarakat. Semuanya angkara fitnah yang merobek maruah dan harga diri. Kayra hanya mampu menangis. Patutlah ramai yang memanggilnya bohsia, pelacur, perempuan balen. Dia popular dengan gelaran jijik itu.
Lapan tahun berlalu, lelaki ini hadir semula dalam hidupnya. Jodoh cuba dijauhi, namun perancangan Tuhan tiada siapa yang tahu. Puas ditepis, puas dielak. Bekulah dirinya bagaikan bidadari salju namun ia tetap datang tanpa diduga.
Lagu Tema/OST Drama Bidadari Salju
Mimpi - Haqiem Rusli