Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8058

Masih Belum Boleh Left Group, PKPB Sambung Lagi

$
0
0
Tak sabar betul tunggu Sidang Media Menteri Kanan Pertahanan umumkan pasal PKPB tadi dengan harapan PKPB ditamatkan. Berdebar lain macam, macam tunggu pengumuman result SPM! Ternanti-nantilah PKPB Seremban ditamatkan. 

Tapi..kecewa dah hampa sungguh bila PKPB dilanjutkan. Tiba tiba rasa nak bertukar jadi hulk. Stress terus dibuatnya.

استغفر الله العظيم

Selepas dengar habis sidang media. Rentas daerah dan negeri dibenarkan. Alhamdulillah. Bolehlah balik kampung dua-dua. Haritu husband nak balik Pilah hantar ubat mak dan uwan yang kena ambil kat Seremban. 

Pergi Balai Polis, Polis kata pos je. Tak boleh rentas daerah! Aduii. ubat dah lah tinggal sikit. Nak pos entah bila nak sampai. Sudahnya isnin nanti lah baru hantar ubat mak dan uwan.

PKPB Seremban sampai 20 Disember 2020
kredit : MKN

Sidang Media Menteri Kanan Pertahanan PKPB (5 Disember 2020)

Pulau Pinang
PKPB ditamatkan kecuali 2 mukim
PKPB : Mukim 12 (Daerah Barat Daya)
PKPD : Mukim 13(Daerah Timur Laut) PKPD

Perak
PKPB di Perak ditamatkan kecuali daerah Kinta, Mukim Teja dan Mukim Changkat Jong

Selangor
PKPB dilanjutkan sehingga kecuali tiga daerah, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Putrajaya
PKPB di Wilayah Persekutuan Putrajaya ditamatkan.

Negeri Sembilan
PKPB di Negeri Sembilan ditamatkan kecuali daerah Seremban dan Port Dickson

Johor
PKPB ditamatkan di Daerah Mersing, Johor.
PKPB semula daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai

Kelantan
PKPB di Kelantan ditamatkan kecuali bagi daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Machang dan Tanah Merah

Sabah
PKPB di Labuan ditamatkan
PKPB di Sabah dilanjutkan

Nota Penting!

Rentas daerah dan negeri dibenarkan. Tiada sekatan lagi kecuali PKPD. Ada kelonggaran sikit syukurlah. SOP jaga sampai bila bila. Tu je nak pesan. Bila longgar ni jangan mudah buat-buat lupa.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 8058

Trending Articles