Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Bacaan Index Pencemaran Udara (IPU) Terkini 14 March 2014

$
0
0
Bacaan Index Pencemaran Udara (IPU) Terkini 14 March 2014 di Banting dan Klang telah melebihi 300 menandakan tahap bahaya Index Pencemaran Udara. Semalam, Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 ditutup serta-merta.

Hari ini semua sekolah area Banting dan Klang ditutup. Bagi kawasan yang mencatatkan jumlah bacaan IPU lebih dari 150 pula, perlu mengurangkan aktiviti luar.Boleh tengok Bacaan Index Pencemaran Udara (IPU) Terkini 14 March 2014 kat bawah ni.
Bacaan-Index-Pencemaran-Udara-(IPU)-Terkini
Credit : Jabatan Alam Sekitar
Rata² kawasan mencatatkan bacaan IPU yang agak tinggi jugak ni. Dengan cuaca yang panas dan kering ni lagi menambahkan  cuaca yang teruk.Sangat merisaukan bila jerebu makin teruk ni. Pemandangan makin kabur dan kesihatan juga terjejas.

Apa itu jerebu dan punca²nya.

Dari wikipedia:
Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus , kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut. Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.

Antara kesan yang dialami pesakit ialah gatal-gatal di kerongkong, batuk, sukar bernafas, mata pedih serta berair, kerap bersin, kulit badan gatal-gatal dan terasa sakit di dada.

Bacaan-Index-Pencemaran-Udara-(IPU)-Terkini2
Credit image : Google
Dalam keadaan cuaca yang kurang sihat ni, kita kenalah ambil langkah yang bijak semasa jerebu ni. Boleh amalkan tips dalam gambar ni supaya kesihatan kita tidak terjejas.

Bacaan-Index-Pencemaran-Udara-(IPU)-Terkini3
Credit image : Google
Notapink : Kita di uji oleh Allah dengan dugaan jerebu, kehilangan MH370 dan juga musim kemarau tandanya Allah sayang hamba²Nya sebagai peringatan untuk kita lebih ingat siapa pencipta sekalian alam iaitu Allah yang maha berkuasa ke atas segalanya. Sabar dan jangan putus berdoa dan moga doa kita dimakbulkan..aminnn


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles