Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2014 yang HAVOC

$
0
0
Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2014 yang HAVOC pada 8 March 2014, Sabtu lepas di Saloma Theatre Restaurant hampir seminggu berlalu. Masih terasa ke'HAVOC'an Perjumpaan blogger blogger Asia tenggara Malaysia, Indonesia dan Brunei. Pada tahun ini, pertama kalinya join SBB yang telah diadakan sejak 2012 memang satu pengalaman yang baru bagi Fiza blogger yang baru nak serius dengan berblogging ni walaupun dah lama berblogging sejak 2009.

Tempoh yang agak lama berblogging tapi masih perlu cari ilmu berblogging dengan lebih bagus lagi. Alhamdulillah ada rezeki dan peluang untuk hadir mencari tips berblogging. Antara aktiviti yang ada di SBB 2014.

Banyak slot menarik yang dikongsikan oleh Blogger² otai yang hebat² dari Abg BenAshari, Abg Zarul Umbrella,Redmummy,Abg Hazman sebagai panel dalam forum dalam SBB 2014.Perkongsian yang bermanfaat untuk memajukan diri sebagai seorang blogger. 

Selain itu,acara lucky draw memang meriah habis. Semua excited tunggu nama appear kat screen mana tahu kot bertuah kan.Tahniah pada mereka yang bertuah dapat ipad,smartphone,free hosting,iphone dan macam² lagi.Jeles okay! Takpelah bukan rezeki Fiza kali ni.Yang pastinya seronok!

SBB2014 ditaja oleh Yeo'ssebagai penaja utama,dan penajaan yang lain bersama  Ephyra, Lazada, Al Ansar Health, Mynic, Segi Seri Group dan Butik Ummi Umairah. Memang fresh bertenaga sepanjang hari dengan bekalan Yeo's sepanjang berlansungnya SBB. Merata tempat ada Yeos' pilihan semulajadiku!

Agak segan juga sebenarnya nak datang nak sembang² dengan blogger lain. Fiza kan pemalu..Err..Segan jugak nak ajak sembang dengan blogger otai sebab masing² pun sibuk layan peminat kan.cewahhh..Maaf kalau rasa Fiza ni sombong.Tak sombong mana haihh cuma segan sikit..sikit je.Bukan taknak ambil peluang yang ada.Cuma rasa masing² busy dengan peminat masing²..Next time kena grab more peluang yang ada.

Takpe,masih lagi dapat bersembang bertegur sapa dengan blogger yang biasa dah kenal dalam alam maya ni.Alhamdulillah Fiza kenal dan mereka kenal jugak.Takdelah mai kutu kat situ kan.Antara blogger yang Fiza jumpe dan sempat bergambar.

Eh,dia bukan blogger. My husband! Tak boleh tinggal okay merangkap bodyguard. Hee..Thanks B temankan dan juga wakil Blogger Shida Radzuan.Kami bertemakan warna hitam kali ni.Nak effect kurus lebih katanya.

Blogger yang sentiasa senyum je ni.,Satu meja dengan Fiza, Amalina Nadri.Thanks Amal sudi tegur dan ambil gambar sama².Sempat jugak sembang sebaris dua kata kan.

Blogger Diva Blogger Otai Blogger Famous..Semua dialah.Siapa tak kenal Blogger Mak Dara. Fiza lebih senang panggil dia Kak Adza. Baru je rapat² kenal masa buat blog dia bulan lepas. Alhamdulillah dapat bersua muka sudah. Peramah gila kakak sorang ni tau! Seronok dapat jumpa!


First time jumpa Blogger Otai yang gojes dan Diva sangat haritu, kak Mialiana Totally different image Kak Mia haritu. Dapat jugak jumpa Kak Mia for the first time. Cuma tak sempat nak sembang panjang.

Kami blogger PINK. Siapa lagi kalau bukan Blogger yang Full of PINK ni, Uzu a.k.a EmasPutih. Kali ketiga jumpa Uzu. Tak segan dah tapi tu lah tak sempat nak sembang lama gak. 

First time jugak jumpa Kak Syuhada! Thanks kak Syu tegur Fiza. Memang peramah sangat tau. Seronok haihh sembang dengan Kak Syu, kalau dok kat meja ni confirm banyak lagi nak sembang. Cantik Kak Syu!

Wahh..ni dah macam nak masuk Nasyid kan. Pun boleh. Kena paksa dok tengah. Hadoii..adik² punye pasal kan. Layan kan je. First time jumpa Blogger Nabiela dan second time jumpa Blogger FA. Tak segan da sebab dah biasa sembang dan komen² di blog.

First time jugak jumpa Blogger Sheda Ucu. Thanks sudi ajak bergambar bersama. Tak sembang banyak semua pakat nak balik dah kan.

Blogger Syuhada yang kebetulan dia tegur Fiza masa Fiza tengah tunggu husband nak balik. Luckily dia tegur Fiza. Thanks Syuhada!Sempat jugak selfie berdua.Sekeping je yang ada.

Kebetulan tengah tunggu husband kat sini,sempat curi² snap gambar Puan Rozita Ibrahim ni pengasas produk sendayu tinggi yang cantik sangat ni.

Kebetulan one way dengan Nabiela so ajak dia balik sekali dan singgah hantar dia. Dapat lah sembang lama sikit  kenal². Sebelum sampai sempat selfie.heee

Apapun SBB2014 memang havoc. Sebelum balik dapat bergambar ramai² dengan blogger² sambil shouting ramai² HAVOC. Memang HAVOC!
Credit Image : iluvtour
Walaupun takde rezeki untuk menang ape² tapi ada rezeki lain dari SBB2014.Wait for next entry still SBB mood :)

Sempat say hai dengan Blogger Farid, Blogger Kak Farah dan Blogger Achik. Tak sempat snap sebab tak jumpe balik.Dan kebetulan sempat senyum² dengan Kak Anim. Sorry kak rushing pulak time tu tak sempat nak sembang.

Apapun Tahniah denaihati yang telah bertungkus lumus mengadakan SBB2014 dan Terima kasih. Semoga terus maju dan dimurahkan rezeki.aminnn

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles