Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Shiseido Mask Dan Cara Terbaik Pakai Mask

$
0
0
Shiseido Mask Dan Cara Terbaik Pakai Mask | Shiseido Black Mask agak popular di kalangan kaum perempuan yang suka pakai masker untuk tambahkan lagi kecantikan kulit muka. Dikenali juga sebagai mask lumpur. 

Kelebihan Shiseido Mask

Memakai mask merupakan salah satu cara paling mudah dan murah untuk membuang bintik² hitam [black head] dan juga bintik² putih [white head] pada muka. Selain membersihkan muka serta menanggalkan sel² kulit mati, boleh juga mengecilkan pori² dan juga mencerahkan kulit muka. Boleh juga membantu menghalus, melembut dan mengtasi masalah kulit tona tidak sekata, kesan terbakar [sunburn] dan boleh menyerap lebihan minyak dengan berkesan.

Jangan risau, Shiseido Mask sesuai untuk semua jenis kulit tapi elakkan disapu pada jerawat jika kulit sensitif untuk elakkan kesan luka masa menanggalkan mask. Shiseido mask mengandungi antioksidan dari lumpur, arang, kolagen serta sumber mineral bagi mengurangi tanda² penuaan seperti kedutan halus, menganjalkan kulit, melembap dan kulit lebih tegang.Banyak jugak tu kan kelebihan Shiseido Mask.

Pakai Mask bukannya boleh pakai hari² macam guna pencuci muka tu. Sekurang²nya dua kali seminggu dan Fiza akan kongsikan cara terbaik pakai mask. Shiseido Mask ada 3 jenis yang Fiza tahu iaitu black, white dan gold. Setiap satu ade fungsi tersendiri. Antara 3 jenis  tu Fiza suka pakai yang hitam.
Suka pakai yang hitam sebab senang nampak white head bila tanggalkan mask bila kering. Hasilnya selepas cabut boleh nampak whitehead melekat di mask yang telah kering. Gambar bawah ni hasil dari carian google. Nak upload gambar sendiri kurang nampak pulak hasilnya secara dekat. Cuma gambar atas dalam bulatan tu terlebih glowing cahaya tu nampak cerah sikit. Tapi yang pastinya nak cakap memang cerah sikit lah dari warna kulit asal. Bila whitehead dah keluar, kuranglah bintik² di muka kan. 
hasil shiseido mask
Sumber dari carian google
Bila nak tanggalkan tu memang sakit sebab mask ni jenis melekat kuat sebab tu semua pun nak tertanggalkan. Lepas pakai rasa muka macam fresh sangat dan fluffy gitu. Okay, nak rasa lagi best, boleh ikut cara terbaik pakai mask.

Cara terbaik pakai mask

1. Cuci muka dengan pencuci muka.
2. Steam/wapkan muka dengan air panas supaya pori² terbuka kurang lebih kurang dalam 5minit.[optional tapi lebih baik buat]
3. Sapukan masker pada muka, Elakkan dari terkena kening,bibir dan bahagian anak rambut dan pastikan sapuan rata.
4. Biarkan selama lebih kurang 30 minit sehingga betul² kering.
5. Tanggalkan masker perlahan² dari bawah ke arah atas.
6. Cuci muka dengan air sejuk supaya pori² tutup semula dengan sempurna.Fiza suka guna ice cube je,Sejuk lagi best!
7. Sapukan toner jika perlu.

Mudahkan? Walau agak leceh tapi hasilnya sangat bagus! Pastikan jangan dekat² dengan rerambut kalau tak nanti nak tanggalkan memang sakit okay. Husband pun dah terjebak suka pakai masker dah.
Lagi bertambah berseri² [puji diri sendiri pulak] bila dah consume Ephyra serlahkan kecantikan sebenar tu. Ada yang nak mencuba Epyhra dengan  harga lebih murah dari biasa? Contact je Fiza ye. Special price untuk pembaca blog Fiza okay! Testimoni Ephyra [KLIK SINI]

Psstt..ada terbaca pasal Shiseido tiruan ni, betul ke info ni. Kalau original di tulis PERFECTION instead of perfeetion. Anyone?





Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles