Resepi Sandwich Telur memang simple nak buat waktu breakfast ini. Cuma ambil masa sikit untuk merebus telur tu je la. Makan roti dan telur memang kenyang waktu breakfast ni kan. Bukan je sesuai untuk dewasa, kanak² pun suka sebab ada mayonese.
Bagi yang nak mencuba resepi sandwich telur yang simple ni bolehlah mencuba ye. Salah satu resepi mudah untuk bawa pergi picnic juga ni. Bosan asyik sandwich sardin, tuna dan lain lain apakata cuba resepi ini pulak. Buat sendiri lagi banyak boleh letak dalam roti berbanding membeli kat luar kan.
Bahan-bahan
- Beberapa keping roti [Fiza gunakan roti gardenia100% wholegrain]. Boleh gunakan apa brand/jenis roti sekalipun
- 3 biji telur
- 2 sudu besar mayonese
- garam
- Black pepper [ready made brand aji shio]
Cara-cara
- Rebuskan telur sehingga masak.
- Masukkan telur yang dah siap masak ke dalam mangkuk.
- Masukkan mayonese, garam dan black pepper. Lenyekkan adunan menjadi sebati dan rata.
- Kemudian sapukan pada roti dan tekapkan dengan roti yang lain macam buat sandwich biasa.Sedia untuk dihidang. Ikut suka nak potong bentuk macamana pun ye.
Mudah sangat kan? So mengapa tidak untuk mencuba..hehehe