Resepi Cucur Bilis dan Sayur salah satu resepi paling mudah untuk disediakan bila bila masa. Nak minum petang ni bolehlah sediakan cucur bilis dan sayur ni. Ditambah pulak sayur memang sesuai untuk anak² kan. Ala setakat cucur apa ada hal kan. Senang sangat.
Fiza ni jenis suka sayur, memang suka kalau letak sayur dalam cucur. Kadang² main letak je ape nak letak.Janji rasa sedap.
Bahan- bahan
- Tepung gandum [ ikut banyak mana nak buat ye]
- air masak secukupnya
- 1 sudu camca garam
- Ikan bilis diracik kecil
- Bawang di potong dadu
- sayur kacang panjang dipotong halus
- carrot dimayang halus
- sebiji telur
- Minyak masak
Cara-cara
- Masukkan tepung ke dalam bekas.
- Kemudian masukkan satu sudu camca garam, telur dan air.Kacau rata
- Masukkan ikan bilis ,bawang, carrot dan kacang.
- Setelah adunan sebati.Panaskan minyak dan goreng sehingga warna kekuningan.Sedia untuk dihidang.
Nak lagi sedap boleh letak daun sup ke. Bagi tak suka sayur letak bawang dan bilis pun dah jadi cucur bilis.Dah siap cucur, cicah pulak dengan sos cili. bagi kanak² tak makan pedas cicah mayonese pun sedap.Okay selamat mencuba.Saja share resepi simple ni takpun bagi idea untuk minum petang ni pun boleh :)