Musim Bunga Sakura di kedah adalah fenomena terkini yang terjadi selepas musim kemarau melanda di Malaysia. Bukan setakat di Kedah malah musim bunga ni berlaku di sekitar negeri-negeri Utara Di Malaysia. Untung orang utara dapat menyaksikan musim bunga yang cantik macam ni. Kata orang tak perlu pergi Korea atau Jepun untuk melihat keindahan musim Bunga. Malaysia pun ada!
Macam tak percaya jugak Malaysia ada musim bunga sakura yang cantik macam ni kan. Boleh jadikan sebagai salah satu tempat perlancongan menarik atau tarikan untuk pengujung yang datang ke Malaysia jugak ni. Bolehlah nak berposing sakan berada di Korea atau Jepun kononnya kan yang banyak terdapat pokok sakura.
Pokok ini adalah Pokok Tabebuia pentaphylla berasal daripada Amerika Tengah dan benua Amerika Selatan. Pokok ini sering ditanam sebagai tanaman pinggiran jalan dan juga sebagai pokok hiasan taman. Di Malaysia, Tabebuia pentaphylla juga dikenali sebagai pokok “Cherry Blossom” Pulau Pinang kerana bunganya yang sangat lebat seolah-olah bunga sakura Jepun yang mekar pada musim bunga.
Tabebuia pentaphylla yang biasa ditanam terdapat dalam dua warna iaitu merah jambu dan putih. Nama spesies “pentaphylla” dalam bahasa Latin merujuk kepada lima “jejari” daunnya dimana “penta” bermaksud “lima” dan “phylla” bermaksud “daun”. Pokok ini juga dikenali sebagai “pokok kertas tisu” kerana ranggi bunganya yang nipis. Ia juga dikenali sebagai pink poui, rosy trumpet tree dan pink tecoma. Di negara-negara Amerika Selatan ia juga dikenali sebagai ipê rosa.
Bila dah berbunga dan berguguran memang cantik sangat jadi musim bunga kan.
Subhanallah...hebatnya keindahan yang Allah telah cipta. Boleh jadikan tempat photoshoot untuk pengantin² pun best jugak ni. kalaulah dekat dengan rumah, hari hari dok pergi tengok dan photoshoot tak sudah sudah..Teruja punya pasal. Blogger utara jangan lepaskan peluang :)
Credit Image: google n drzeze.wordpress.com
Subhanallah...hebatnya keindahan yang Allah telah cipta. Boleh jadikan tempat photoshoot untuk pengantin² pun best jugak ni. kalaulah dekat dengan rumah, hari hari dok pergi tengok dan photoshoot tak sudah sudah..Teruja punya pasal. Blogger utara jangan lepaskan peluang :)
Credit Image: google n drzeze.wordpress.com