Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Kebaikan dan Keburukan Pengambilan Kopi

$
0
0
Kebaikan dan Keburukan Pengambilan Kopi | Bagi pencinta kopi memang susah nak tinggalkan habit minum kopi. Kalau boleh sehari 2 3 cawan kopi pun takpe. Tapi harus di ingat, pengambilan kopi ada baik dan buruknya.

Seperti yang kita tahu kopi mengandungi kafein. 75% kafein datangnya dari kopi. Kafein ini bukanlah nutrien macam vitamin dan mineral tetapi bahan kimia yang boleh di ketegorikan sebagai ketagihan. Kebaikan dan keburukan pengambilan bergantung pada berapa banyak pengambilannya sehari.

KUANTITI KAFEIN YANG MEMUDARATKAN KESIHATAN.
Kalau setiap hari paling kurang minum kopi dalam 3 4 cawan macam tu sehari. Lebih kurang 300mg kafein yang telah diserap dalam badan dan jumlah ini tidak memudaratkan. Badan akan menyingkirkan 20% per jam Dos yang membunuh kafein adalah sebanyak 10g kafein bersamaan dengan 100 cawan kopi dalam masa 4 jam. Jumlah kafein juga bergantung kepada cara penyediaan air kopi. So, tak mungkin setiap kopi adalah sama. Berbeza kopi mamak,starbucks, old town dan sebagainya.

Infographic PROS AND CONS OF COFFEE CONSUMPTION


Berdasarkan kajian :
  • Pengambilan kopi 6-8 cawan sehari akan mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 54% pada lelaki dan 30% pada wanita.
  • Peminum kopi juga mempunyai 80% kurang risiko untuk mendapat penyakit parkinson, 25% kurang risiko barah usus dan 80% kurang risiko kerosakan hati. 
  • Kafein merangsang aktiviti otak untuk melupakan rasa letih, merangsang aktiviti otot dan meningkatkan keupayaan seseorang atlet.
  • Kajian di Brazil menunjukkan bahawa kanak-kanak yang minum secawan kopi setiap hari dapat mencegah masalah kemurungan,lebih aktif serta mudah menerima pelajaran.
Antara kesan buruk minum kopi secara berlebihan pula ialah rasa berdebar-debar, menggigil/ketar tangan, meningkatkan paras kolestrol, gangguan tidur dan tulang cepat reput.

Ini info penting bagi sesetengah wanita, kafien tidak akan mempengaruhi kesuburan akan TETAPI bagi wanita yang agak sukar hamil, di nasihatkan berhenti pengambilan kafien. Kafien akan menyebabkan saluran darah mengecut. Ini akan menyebabkan pengurangan aliran darah ke uri dan seterusnya menyebabkan pengurangan bekalan oksigen dan nutrien. Selain itu, kafien boleh sampai kepada bayi dalam rahim dan menjejaskan pertumbuhn sel-selnya.

Kajian di Denmark pula mendapati pengambilan kopi yang tinggi sebanyak 8 cawan akan meningkatkan risiko kematian bayi dalam rahim sebanyak 2 kali berbanding wanita yang tidak mengamalkan minum kopi.

Bagi pencinta kopi macam Fiza ni memang susah nak tinggalkan kopi. Itu dululah..sekarang ni sesekali kalau teringin je baru minum. Kekadang confused, bagus ke tidak kopi ni. Tapi bila dah tahu sikit² memang ada baik dan buruk. So memang bergantung pada cara pengambilan dan penyediaan.

Bagi wanita mengandung dan sukar hamil tetapi ingin hamil, tinggalkan kopi okay. 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles