Buah berangan, buah rare yang semakin susah nak dapat. Dulu masa zaman kanak-kanak, abah saya suka betul beli buah berangan ni. Sekarang bila jumpa buah berangan, saya pula beli untuk abah. Disebabkan buah berangan ni rare jarang dijumpai, harga dia pun rare lah. 1 Kilogram cecah RM40.
![buah berangan lemak manis buah berangan]()
![cara makan buah berangan cara makan buah berangan]()
![penjual buah berangan pasir besar buah berangan pasir besar]()
1/2 kilogram : RM20
250 gram : RM10
Buah berangan
Buah berangan in english chestnut. Asal buah berangan (pokok buah berangan) daripada keluarga Fagaceae iaitu daripada kumpulan pokok oaks. Terdapat di kawasan yang beriklim sederhana di Hemisfera Utara.
Buah berangan sebenarnya ada kulit luarnya seperti kulit buah rambutan.
Cara masak buah berangan
Ada pelbagai cara masak buah berangan iaitu dengan cara merebus, menggoreng tanpa minyak (sangai) dan juga memaggang. Kebiasaannya saya nampak orang jual buah berangan menggunakan cara goreng buah berangan dengan menggunakan pasir panas dan kena sentiasa mengacau.
Tempoh masak lebih kurang 45 minit. Sebab pernah tanya penjual buah berangan tu berapa lama nak masak. Beginilah rupa isi buah berangan yang telah dibelah.

Cara makan buah berangan
Pecahkan kulit keras luar tu terlebih dahulu. Kulit buah berangan ni keras, saya akan gunakan anak lesung untuk pecahkan sedikit kemudian gunakan tangan untuk mengupas kulitnya.

Isi buah berangan padat. Rasanya cukup sedap berlemak kacang. Rasa satu mesti tak cukup. Ralit makan tapi bab mengupas kulit tu yang malas tu.
![khasiat buah berangan khasiat buah berangan]()
Setiap kali balik kampung, kalau nampak pakcik ni buka kedai mesti singgah beli untuk abah dan mak. Mak pun suka juga makan buah berangan. Sesekali dapat makan, bukan selalu. Sesiapa mencari buah berangan bolehlah hubungi nombor di bawah.

Setiap kali balik kampung, kalau nampak pakcik ni buka kedai mesti singgah beli untuk abah dan mak. Mak pun suka juga makan buah berangan. Sesekali dapat makan, bukan selalu. Sesiapa mencari buah berangan bolehlah hubungi nombor di bawah.

Harga buah berangan (yang dah siap masak)
1 kilogram : RM401/2 kilogram : RM20
250 gram : RM10
Khasiat buah berangan
- Memiliki nutrisi berkhasiat
- Kaya dengan antioksidan
- Bagus untuk kesihatan jantung
- Baik untuk penghadaman
- Mengawal gula dalam darah
- Bersifat anti radang
- Mengurangkan berat badan
- Baik untuk kesihatan mata
Dan banyak lagi khasiatnya.