Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8068

Meriahnya Pantai Bagan Lalang (Sepang Gold Coast)

$
0
0
Dah puas menikmati angin bayu laut Pantai Morib Banting, kami gerak ke Pantai Bagan Lalang pulak. Macam buat lawatan pantai ke pantai pulak dah. Rindu bau laut, rindu nak tengok laut, rindu nak dengar ombak laut. I need vitamin sea!

Suasana Pantai Bagan Lalang jauh lebih meriah dan lagi ramai umat manusia. Mujur dapat juga parkir yang dekat dengan pantai. 

pantai bagan lalang review

Di pantai Morib hanya sekadar duduk di tembok, berkhemah tepi pantai tapi tak dapat mandi manda. Tapi di Bagan Lalang Sepang ni banyak aktivitinya seperti :
  • Berkhemah
  • Berkelah
  • Main layang-layang
  • Mandi laut
Itu dari permerhatian saya lah. Mungkin ada aktiviti lain lagi kat sini. Bila ramai orang macam ni rasa tak tahu nak selit celah mana. Tak selesa juga kalau duduk dekat-dekat dengan kelompok yang ramai. Kebanyakkannya yang datang sini berkelah dengan keluarga.

pantai bagan lalang review

Ada bermacam-macam jenis jualan di tepi Pantai Bagan Lalang. Sempat jugalah kami mengopi tepi pantai. Kalau ada kerusi lipat duduk kejap tepi pantai pun syok jugakkan. Tapi tak ada. Makanya, kami singgah sekejap je lah. 

pantai bagan lalang review

Next time boleh datang berkelah pulak. Tapi rasa macam jauhlah pulak nak kesini. Pantai Bagan Lalang ni luas kawasannya. Sebab tu orang ramai suka datang sini. Kebersihan pantai pun di tahap yang bagus jugalah.

Berdekatan Pantai Bagan Lalang ada chalet. Ke resort entah. Macam best juga kalau menginap di Chalet tepi Pantai Bagan Lalang ni. On the way ke Pantai Bagan Lalang ni saya perasan ada kedai makan dan kedai ikan bakar berhampiran. Menginap hotel, resort, chalet sekitar Bagan Lalang bolehlah cuba makan kat sini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8068

Trending Articles