Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8068

Bunga Ulam Raja

$
0
0
Selain bunga cekur, perasan juga bunga ulam raja di belakang rumah mak. Meriah betul pokok ulam raja mak tanam. Rasanya tanam sikit je, lepas tu makin banyak pula tumbuh tanpa kawalan. Nak makan ulam senang, boleh petik je. Kalau kat kedai, harga ulam raja murah ke mahal?

Saya bukanlah penggemar ulam raja. Favourite ulam saya pucuk ubi rebus, jantung pisang rebus, bendi rebus, kacang botol muda dan daun tenggek burung (tapi susah nak dapat). Selain itu, daun selom pun suka juga buat ulam, rupa paras dia macam daun ulam raja juga lebih kurang. 

Kalau tak dibelek betul-betul boleh tersilap pilih ulam. Ulam raja vs daun selom, saya suka daun selom lagi. Dia macam kurang bau dan lebih mesra deria rasa dan bau. Daun ulam raja lebih kuat bau dan rasa dia, sedikit berangin pada saya.

Ulam Raja

Ulam raja juga dikenali dengan nama kenikir. Sejenis tumbuhan  spesis Cosmos yang berasal dari Amerika Latin merangkumi kawasan dari Rio Grande do Sul di selatan Brazil ke Tamaulipas di utara Mexico) serta kepulauan Caribbean diperkenalkan ke kawasan-kawasan tropika benua Asia, Afrika, dan Australia.

Dipercayai pokok ulam raja diperkenalkan para penakluk Sepanyol ke kepulauan Filipina yang kemudiannya tersebar meliar serata Asia Tenggara. Tumbuhan ini menjadi dimanfaatkan dalam kalangan masyarakat rantau ini terutamanya sebagai sejenis sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan sambal belacan, budu, sambal tempoyak atau cincalok.

Ciri ciri ulam raja

  • Pokok ini mampu tumbuh cecah setinggi 2 meter.
  • Batangnya berwarna hijau keunguan bercabang banyak di bahagian atas.
  • Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan ukuran 8-27 × 2.5-12 sm dengan anak daun yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua
  • Bau unik akan terkeluar apabila daun-daun ini diramas.
  • Daun-daun ini akan menguncup apabila malam tiba.
  • Bunganya bertangkai panjang dan berwarna kuning keunguan, bunga ini boleh tumbuh secara tunggal mahupun sedikit menjambak
sumber : wikipedia

Bunga Ulam Raja

Beginilah gambar bunga ulam raja yang dapat saya potretkan. Tak berapa nak jelas tapi bolehlah nampak rupa paras bunga ulam raja tu. Bunga ulam raja bunga kuning putih tengahnya dengan gabungan warna ungu. Ringkasnya, warna kuning keunguan.

Daun ulam raja boleh dimakan sebagai ulam. Ulam raja bunga kuning ni boleh makan ke tidak ye? Atau hanya daun sahaja dijadikan ulaman? Ulam raja mempunyai khasiatnya tersendiri dan memberi manfaat kepada kesihatan. Tentang khasiat tu boleh cuba google kebaikan dan khasiat ulam raja.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8068

Trending Articles