Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Tribunal Pengguna Tuntutan Hak Sebagai Pengguna Malaysia

$
0
0
Tribunal Pengguna Tuntutan Hak Sebagai Pengguna | Sebagai pengguna kita sebenarnya mempunyai hak untuk bersuara dan membuat aduan untuk mendapatkan penyelesaian yang adil mendapat pampasan bagi pembelian barangan yang mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan , kurang bermutu dan perkhidmatan yang tidak memuaskan.
kuasa pengguna Malaysia

Pernah korang di tipu oleh peniaga online? Ada yang pernah di tipu tapi tak tahu ape nak buat. Sudahnya diri sendiri yang yang rugi kan. Ataupun tak tahu untuk buat aduan di tribunal pengguna. Kadang kadang tak nak buat report sebab kesian pada peniaga itu sendiri atak peniaga itu di kenali. Atau pengguna sendiri takut untuk menyuarakan hak. Banyak faktor sebenarnya yang membuatkan kita tak nak buat report pada tribunal pengguna ni tapi kita kena jugak tuntut hak kita sebagai pengguna kan.

hak pengguna malaysia

Antara hak pengguna :

Hak untuk mendapat keperluan asas
Pengguna berhak untuk mendapat keperluan asas bagi meneruskan kehidupan yang memuaskan seperti makanan, pakaian, tempat kediaman, kesihatan, pendidikan, kemudahan awam, air dan sanitasi.

Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat
Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan, proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan.

Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat dan dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur atau mengelirukan.

Hak untuk membuat pilihan
Pengguna berhak untuk memilih daripada pelbagai barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga yang kompetitif dan jaminan kualiti yang memuaskan.

Hak untuk menyuarakan pendapat
Pengguna berhak untuk bersuara bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan sewajarnya dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan, serta dalam pembangunan barangan dan perkhidmatan oleh pengeluar.

Hak untuk mendapat ganti rugi
Pengguna berhak untuk mendapat penyelesaian yang adil termasuk pampasan bagi pembelian barangan yang mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan, kurang bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.

Hak untuk mendapat pendidikan pengguna
Pengguna berhak untuk mendapat pendidikan dan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang bijak dalam pembelian barangan dan perkhidmatan, serta mengamalkan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.

Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih, sihat dan tidak berbahaya kepada generasi masa kini serta generasi akan datang.

Perkara yang perlu di teliti oleh pengguna :
  • Tempat asal barangan/produk, termasuk nama dan alamat pengilang, pengimport, penjual borong, ejen atau pengedar, kumpulan barangan, nombor model/stok dan tanda perniagaan.
  • Tarikh produk dikilangkan dan tarikh luput
  • Berat minimum, kuantiti, amaun atau muatan barang-barang.
  • Penerangan umum tentang produk termasuk kandungan, kapasiti, panduan penggunaan dan batasannya
  • Penerangan khusus tentang kandungan produk seperti senarai, nisbah dan khasiat bahan-bahan.
  • Kualiti atau keupayaan produk misalnya tanda kelulusan, gred dan sebagainya. (contoh: SIRIM, Suruhanjaya Tenaga).
  • Terma-terma khusus mengenai jualan termasuk harga cadangan, diskaun dan tawaran istimewa.
  • Maklumat khusus seperti amaran, peraturan-peraturan kecemasan untuk golongan pengguna tertentu (contoh: kanak-kanak).
Aduan Pengguna
Menerima aduan daripada pengadu melalui telefon, laman web, surat dan datang sendiri ke Pusat Pengurusan Aduan Pengguna (PPAP).
Aduan disalurkan kepada agensi-agensi yang terlibat untuk diselesaikan. Dimaklumkan bahawa tidak semua aduan yang diterima merupakan bidang kuasa Bahagian Gerakan Kepenggunaan (BK) untuk menyelesaikannya.

Cara Membuat Aduan :
Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNKK melalui:

Talian bebas tol : 1 - 800 - 886 - 800
Portal Rasmi: www.kpdnkk.gov.my 

Pengguna sering ditipu menerusi:
Penipuan Perkhidmatan
Penipuan Harga
Cetak Rompak
Penipuan Jualan Langsung
Produk Tiruan
Tanda Harga Yang Mengelirukan
Khidmat Bengkel Kenderaan Bermotor Yang Tidak Telus
Aktiviti Menyorok Barang Kawalan
Penipuan Perjanjian Sewa Beli


Sebaiknya, gunakan hak sebagai pengguna dengan cara yang betul. Jika sudah rasa di tipu dan sebagainya Boleh terus membuat aduan. Sila salurkan ditempat yang telah disediakan. Jadilah pengguna yang bijak.

Harap entry ni dapat membantu pada mereka yang pernah menjadi mangsa. Takde siapa suka ditipu lagi lagi melibatkan jumlah wang yang banyak. Dan peniaga juga kena beringat, jangan fikirkan untung dengan menipu. Tak berkat duit tu pun.

Credit info : Sumber2

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles