Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Dengar cakap mak

$
0
0
Salam Jumaat..Selamat pagi! Hari jumaat ni kena lebihkan amalan kebaikan ye. Banyak dapat pahala. Bercakap pasal pahala ni semua orang nak pahala kan. Berebut nak kumpul pahala, kadang kadang benda kecik kita buat pun Allah berikan kita pahala. Betapa sayang dan kasihnya Allah pada kita.

Salah satunya nak dapat pahala berbuat baik pada mak, dengar cakap mak. Berapa ramai yang dengar cakap mak? kalau mak tegur sikit perangai tu cepat je melenting cakap kasar dengan mak kan? even cakap 'ah' pun dah berdosa tau. Cuba fikir, ada sebabnya kenapa mak cakap itu boleh itu tak boleh pada kita. Sebabnya agama Islam telah mengajar kita bagaimana cara hidup yang sebenar dan sebetulnya.

Cuba tengok pada gambar ni.

credit image : muslim'show

Dah tahu kenapa kan? Bila dah kahwin ni memang terasa apatah lagi ada anak. Betapa sayangnya parents kita mendidik kita supaya dapat yang terbaik dan menjadi orang yang terbaik dalam kehidupan ni. Sebak pulak bila ingat kembali yang telah berlalu yang mana tak dengar cakap mak tu tanpa niat dan tak sengaja.

Jangan pulak tunggu raya baru nak mintak maaf kan. Selagi mereka ada, sayangi dan balas jasa mereka. 

"Better Late than Never"


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles