Resepi Jeruk Mangga Mudah | Musim buah mangga sekarang kan. Sana sini dok tengok blogger upload gambar macam² jenis mangga. Kebetulan sabtu lepas balik kampung, dapatlah bawak bekalan mangga sikit dari kampung. Ni namanya mangga epal. Isinya rangup tapi agak masam sikit ni. Kena peram tunggu masak.
Sementara nak tunggu masak tu Fiza amek sebiji buat jeruk. Jeruk versi cepat ekspress mudah dan freshtanpa pengawet tambahan. Tak perlu peram berhari² punya. buat dalam setengah jam je dah boleh makan. Fresh macam rasa buah segar pun ada.
Bahan- Bahan
1 biji Buah Mangga
1 sudu kecil garam
1 biji Buah Mangga
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
Air
Air
1. Kupas kulit buah mangga dan basuh
2. Potong buah mangga (ikut korang nak potong camna pun) dan gaulkan dengan garam
3. Masukkan air panas dan biar seketika 1-2minit.
4. Kemudian basuh dan toskan.
5. Masukkan mangga ke dalam bekas bertutup
6. Kemudian masukkan gula dan simpan dalam peti ais dalam 15-20 minit.
7. Dah boleh dimakan.
Terliur bila tengok jeruk masam² ni kan. Kalau masam sangat korang letaklah gula lebih ye. Fiza suka rasa yang tak masam dan tak manis sangat. Cara ni tak perlu perap lama..tekstur mangga pun masih rangup. Kejap je abis satu bekas Fiza makan sorang sebab husband tak suka masam² ni.
Buat sebiji mangga je pun sebab makan sorang kan. Kalau nak makan, bebila masa je boleh buat. Nak buat pun kejap dan mudah je. So korang boleh cuba cara ni ye.
Mangga ni kalau potong cicah dengan sambal kicap pun best jugak ni kan..