Permohonan Rayuan UPU kemasukan ke IPTA telah dibuka mulai hari ni. Untuk semak keputusan UPU [Klik sini] . Hanya pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA/Politeknik/Kolej Komuniti & ILKA sahaja layak mengemukakan permohonan rayuan.
Tarikh permohonan rayuan adalan seperti berikut:
Rayuan ke IPTA
Rayuan ke IPTA bagi program pengajian Lepasan SPM/Setaraf dibuka untuk capaian mulai 16 Mei 2014 jam 12.00 tengah hari sehingga 26 Mei 2014 di link berikut :
Rayuan Politeknik Premier
Rayuan ke Politeknik Premier bagi program pengajian Lepasan SPM/Setaraf dibuka untuk capaian mulai 16 Mei 2014 jam 12.00 tengah hari sehingga 26 Mei 2014 di link berikut:
Bagi calon lepasan SPM/setaraf
Bermula16 Mei 2014 jam 12.00 tengah hari sehingga 26 Mei 2014.
Bagi calon lepasan STPM/setaraf
Bermula 12 Ogos 2014 jam 12.00 tengah hari sehingga 22 Ogos 2014 (tentatif).
Rayuan boleh dibuat secara online melalui aplikasi e-Rayuan Kementerian Pendidikan Malaysia, di Laman Aplikasi e-Rayuan UPU
Semakan keputusan rayuan UPU untuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) boleh dibuat secara online dan SMS.
Tarikh semakan dibuka
Bagi calon lepasan SPM/setaraf
Bermula minggu kedua bulan Jun 2014 (tarikh akan dikemaskini kemudian).
Bagi calon lepasan STPM/setaraf
Bermula minggu ketiga bulan September 2014 (tarikh akan dikemaskini kemudian).
Kaedah semakan
Semakan secara online
Semakan melalui SMS
Berikut adalah cara membuat semakan keputusan rayuan UPU melalui SMS:
Taipkan:
UPU<jarak>RESULT<jarak>[No Kad Pengenalan]
Contoh: UPU RESULT 960325035243
Hantarkan SMS ke 15888
Selamat masuk U adik² semua. Semoga permohonan kali ini berjaya.