Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Logo Halal Jakim

$
0
0
Logo Halal Jakim yang patut korang amek tahu adalah dalam gambar di bawah ni. Dalam kekecohan terdapat DNA B*** dalam coklat Cadbury dairy milk hazalenut dan Cadbury Milk Roast Almond, barulah sibuk² nak tengok barangan yang lain pulak ye. Selama ni ada pernah tengok tak? Persoalan lagi satu, dah ada logo halal pun masih tidak halal? Siapa nak jawab ni?

Bukan makanan je kena fikir halal haram, barang² yang digunakan dan juga perbuatan kena tahu jugak tu. Ade sesetengah tu, kemain fikir halal haram soal makan dari duit yang halal tapi perbuatan kurang pulak dititik beratkan halal haramnya. Ok, tak nak komen pasal tu.

Logo halal jakim yang terbaru macam dalam gambar bawah ni. Kalau confused nak beli barang nanti save je gambar ni. Senang untuk rujukan dari mengingat code makanan yang ada DNA B*** tu. Lagi² barangan yang di import dari luar negara sebab logo lain².
Logo Halal Jakim
Untuk check pemegang sijil halal pulak boleh gunakan perkhidmatan sms.
Antara Tips membeli barang makanan :
1. Logo Halal yang disahkan Jakim
2. Tarikh Pemprosesan
3. Tarikh luput
4. Keadaan pembungkusan produk.

sama samalah kita jaga dan pelihara pemakanan kita yang akan menjadi darah daging kita ni. Saling ingat mengingati. Nak makanan lagi sihat terjamin rajin² lah masak makan kat rumah sebab sekarang ni banyak aduan di restaurant yang kurang menitik beratkan soal kebersihan pulak. Terdapat ulat di dalam makanan. kembang tekak aii..

Kemudian kes udang kering yang dijemur diratakan dengan penyapu dan disitu ada anjing duduk berbaring atas udang kering. Bila dah tersebar benda macam ni, memang kena banned la makanan tu kan.


credit info : www.halal.gov.my

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles