Lepas husband interview SPA hari tu terus gerak ke Cameron Highlands. Cuaca agak panas haritu dan bila sampai Tanah tinggi ni takdelah sejuk yang diharapkan. Dah tu pulak jammed sangat kat atas. Dahlah jammed, then harapan nak check in cepat pun tak kesampaian sebab susah nak cari lokasi TM Resorts ni ha. Guna waze, guna google maps pun tak boleh pakai. Ntah mana dibawaknya kitaorang ni ha. Last² tanya guard kat bangunan ape ntah. Nasiblah tahu.
Finally sampai jugak di TM Resorts ni.
Cantik jugak view TM Resorts dari luar ni. Nampak tak cuaca panas tu. Takde kabus lansung! Maknanya tak sejuk. Kat sini takde lif okay! Semput tau naik sampai tingkat 3 dengan bag tu.
Receptionist yang mesra alam. Good!
Husband booked 2 Bedroom Deluxe, 1 queen bed dan 1 bilik lagi ade 2 single bed. Fiza bukan pergi berdua je. Bawak sorang anak buah Fiza. Dah alang² cuti sekolah ni dia dok rumah Fiza, so bawak lah sekali. Boleh gak mengisi waktu cuti sekolah ni.
Service kat sini so far okaylah. Kecewa di beritahu awal takde astro cuma ada siaran TV1 dan TV2 je. TV pun fesyen lama punya. Power button pun dah rosak masuk ke dalam tu. nak ON OFF tekan suis je. Nasib jugak bukan jenis tengok TV sangat. Time rehat tu ade jugaklah tengok² sikit.
Service kat sini so far okaylah. Kecewa di beritahu awal takde astro cuma ada siaran TV1 dan TV2 je. TV pun fesyen lama punya. Power button pun dah rosak masuk ke dalam tu. nak ON OFF tekan suis je. Nasib jugak bukan jenis tengok TV sangat. Time rehat tu ade jugaklah tengok² sikit.
Ruang tamu ni view menghadap gunung..depan tu ade bangunan sikit.
Ruang tamu ni selesa cumanya kebersihan tak terjaga. Ada kotoran bawah meja bekas Ashtray yang dah lama ditinggalkan. Sofa kepam dan berbau semacam je. Langsir dalam warna putih kotor giler.
kosong takde 3 in 1 drink, sugar or creamer.
2 single bed Fiza rasa okaylah. katil standard kecik.
Ini pulak bilik air untuk 2 single bedroom, anak buah kata air panas takde, tak berfungsi. Water heater rosak lah tu. Terpaksa mandi air sejuk nak beku tu..Menggigil tak hengat nak mandi. Dah macam mandi air batu. Keadaan bilik air yang tak terjaga, kotor tak dibersihkan. =__='
Jom kita tengok bedroom Fiza lak. Punyalah kecik. So kena solat kat luar. Selimut,cadar and bantal berbau sikit. Even tak selesa, bila dah penat lena je tidur. Tapi tak lena sangatlah sebab kena jaga husband demam. Menggigil dia tidur malam kena lap² badan dia yang panas tu. Risau betul tengok badan dia panas. Orang sejuk dia panas.
Ada 2 3 lampu bilik ni tak boleh digunakan.
Bilik air untuk bilik ni agak kotor berdaki sikit la, semak mata memandang. paip besi salur air tu ade pulak bocor sana sini.. nak membersih selepas buang air tu amatlah seksa oiii..Nasib pulak air panas dalam bilik air ni okay. Sekali bukak paip air panas nak melecur rasanya. Then, bilik ni tak boleh dikunci sebab kunci pintunya dah rosak..huhu.
So far cuma berpuas hati pada layanan je la. Sangat friendly! Tapi dari segi kebersihan tu sangatlah tidak puas hati dan kecewa sangat even tidur satu malam pun at least nak jugak keselesaan dan sejuk mata memandang sikit kan.
Bukanlah nak kondem terus dengan entry ni. Kalau boleh biarlah berbaloi dengan harga yang dibayar jugak. Harap dorang boleh perbaiki maintainance hotel ni. Sebenarnya haritu masa nak booking via agoda ada baca review sikit kat bawah tu. Memang betullah apa yang dorang cakap tu, agak smelly, so old, dirty dan tidak memuaskan. Tapi nak buat camne kan, dah takde pilihan. Last bilik yang tinggal pulak tu. Tak book nanti nak tidur mana pulak.
Sedapkan ati sendiri, biasalah kalau ada kekurangan tu kan. Terima je la. Kalau korang nak pergi bercuti tu, google dan bacalah review dari mereka jugak. Sangat penting tu untuk menjamin percutian yang best. Hotel ni Fiza bagi 1bintang je boleh?
Address:
Persiaran Dayang Endah, Tanah Rata,
Cameron Highlands, Pahang
Malaysia
For booking [KLIK SINI]