Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Segmen I Love Nuffnang by Dunia sebenar Shida

$
0
0
Segmen I Love Nuffnang by Dunia sebenar Shida kini bermula!! cewahh baik punya promote kan. Bermula dari 22 Jun 2014 sehingga 28 Jun 2014. Dalam masa seminggu ni jomlah kita join beramai ramai. Apa yang menariknya Segmen dari Shida ni adalah berkaitan dengan Nuffnang. 

Nuffnang? Blogger mana tak pernah kenal Nuffnang kan either perkara baik atau sebaliknya. Ok nak cerita sikit pengalaman bersama Nuffnang ni.

Mula kenal Nuffnang since start blogging 2009. Maknanya dah 5 tahun kenal. 5 tahun agak lama tapi walau lama pun tak kenal sangat pun. Baru je dua tiga tahun baru kenal sikit. Apa yang menariknya sepanjang perkenalan  dengan Nuffnang ni antaranya :
Feedback
Nuffnang team yang sangat friendly dan memberikan respons yang terbaik dengan bloggers/nuffnangers untuk setiap tiket yang dihantar walau kadang cepat kadang lambat but still masih ada reply. Thumbs up! dan setiap permasalahan pasti diselesaikan.

Payment
Selama baru rapat dengan Nuff baru 4 kali je cashout. Kumpul sampai jadi banyak baru lah cashout. Kalau banyak setiap bulan okay gak boleh cashout setiap bulan kan. Payment setakat ni tak pernah sangkut dan ade problem..Alhamdulillah selamat masuk bank kesemuanya.

Nuffnangers
Dari account Nuff kita dapat view nuffnangers yang melawat blog kita, dari situ kita boleh menjalinkan hubungan dengan nuffnangers yang lain. Kadang² blogwalking dari sini je :)

Contest Nuffnang
Nuffnang menyediakan contest dengan hadiah yang best. Pernah join sekali tapi sayang tak menang pun. =__='

CPUV
Kadang² kenaikkan nilai takde perubahan padahal traffic dah cukup cantik dah. Tapi kalau naik sehari ke sehari kira okaylah tu kan. Kalau dapat CPUV baru memang semangat sikit nak update blog. Ye tak?

So far setakat ni masih setia dengan Nuffnang. Cuma kalau boleh letak adverts lain nuffnang tak tukar status glitterati kan bagus. Berikan persaingan yang sihat agak menarik jugak kan. Setiap sesuatu ada pros and cons. So kita sendiri yang membuat pilihan :)

Itulah ceritanya. Mungkin cerita korang lebih menarik. Jomlah share. Mungkin hasil perkongsian itu korang akan dapat memenangi 5 Button Badge Nuffnang @ 14 Bookmark Nuffnang @ 5 Voucher dari Watsons + @Cash/Topup jika menang) untuk 14 pemenang di pecahkan kepada 2 kategori iaitu 5 pemenang untuk Best Entri dan 9 pemenang untuk dipilih secara random.

Pengumuman pemenang pada hari selasa, 1 July 2014 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles