Penghijrahan Neelofa Berhijab Di Bulan Ramadhan yang kini telah berhijab sepenuhnya adalah langkah dan perubahan yang baik untuk seorang muslim. Ada yang memberikan kata semangat ada jugak yang memberikan tanggapan negatif. Itu biasalah, kalau kita nak berubah ke arah kebaikan pasti ada saja dugaan supaya kita kembali kepada yang dahulunya.
Apa yang menarik dan membuat Fiza rasa terharu bila mendengar kisah penghijrahan pengacara dan pelakon Neelofa yang ditemubual melalui satu segmen dalam siaran radio IKIM FM baru baru ni.
Neelofa menceritakan perkara yang dilaluinya sejak lebih setahun lalu sebelum dia membulatkan tekad untuk memakai hijab penuh.
Credit Image :google |
Apa yang menarik dan membuat Fiza rasa terharu bila mendengar kisah penghijrahan pengacara dan pelakon Neelofa yang ditemubual melalui satu segmen dalam siaran radio IKIM FM baru baru ni.
Neelofa menceritakan perkara yang dilaluinya sejak lebih setahun lalu sebelum dia membulatkan tekad untuk memakai hijab penuh.
Antara kata-katanya:
“Bermulanya tahun lepas bila sampai satu saat saya macam…saya ada semua bendalah, boleh dikatakan walaupun tak perfect 100 percent…tapi saya dah ada kerjaya, family, kawan-kawan. Semuanya orang kata dah diberi Allah, tapi masih lagi mencari satu benda yang saya rasa tak lengkap…kebahagiaan yang konsisten."
Katanya lagi sejak tahun lepas dia sudah mula ke kelas agama dengan adanya sokongan daripada rakan artis seperti Heliza Helmi tapi Neelofa tidak menghebohkannya kepada umum kerana malu dan bimbang dikatakan tidak sesuai dengan imej yang dibawanya pada ketika itu.
“Sampai Nifsu Syaaban baru-baru ni, 13h haribulan, saya tetapkan. No matter what, shooting ke tak shooting ke, mekap ke tak mekap ke, saya nak ‘fit’kan hidup saya dalam lima waktu solat ni. Saya akan teguhkan juga macam mana sekalipun. Saya akan buat juga."
Dalam menceritakan kisah penghijrahan berhijab ni, kedengaran Neelofa sebak ketika menceritakan bagaimana dia mengambil keputusan untuk terus berhijab selepas sahur pada hari pertama Ramadhan yang lalu. Jom dengar sessi tembual Neelofa di Siaran Radio IKIM baru baru ni. Mesti korang touching jugak.
Neelofa pula dalam satu kenyataan rasminya berkata dia berasa dirinya kini lebih lengkap setelah mengambil keputusan tersebut. "Memang betul ini imej terbaru daripada saya dan kenapa saya pilih untuk berhijab biarlah ianya kekal sebagai cerita peribadi saya'
Perkara ini terjadi atas doa dan sokongan daripada orang diluar sana , peminat peminat, keluarga terutama mama saya'. Saya mula berhijab pada hari kedua Ramadhan dan saya nekad untuk bertudung setelah sekian lama berdoa kepada Allah untuk diberikan petunjuk dan jalan yang terbaik buat saya
(Bila ditanya apa yang neelofa rasa sekarang?) "I feel like it completes me"
"Saya mengharapkan orang diluar sana untuk terus mendoakan dan menyokong saya dan saya amat menghargai setiap sokongan yang diberikan" - NOOR NEELOFA MOHD NOOR.
Semoga apa yang dikongsikan oleh Neelofa dapat dijadikan iktibar dan panduan terutama bagi mereka yang masih tercari-cari kekuatan untuk berubah ke arah yang lebih baik. Hidayah Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan yang baik untuk berubah dan diharapkan perubahan yang dilakukan istiqamah hendaknya. Alhamdulillah ramai artis wanita islam mengambil keputusan untuk berhijab antaranya Ziana Zain, Ummi Aida, Fara Fauzana, Ummie Nazira dan ramai lagi rasanya.