Design Flyers, Banner dan Bunting Buffet Ramadhan & Aidilfitri untuk Sumai Hotel yang dah lama siap hujung bulan April lepas memang amek masa sikit nak design. Pertama kalinya design untuk company besar memang mencabar kot nak deal! Tapi takpe jadikan sebagai pengalaman dan cabaran untuk lebih maju ke depan.
Bermula dengan draft 4 design Finally pilih design yang ni. Dari design ni menghasilkan pelbagai size banner dan bunting untuk diletakkan di tepi jalan dan luar hotel. Walaupun design lebih kurang sama tapi bila dah di buat untuk size lain memang kena ubah la setiap kedudukan bagi masuk.
Ini untuk print A3
Banner untuk direntangkan di tepi jalan. Size 8ft x 5ft melintang
Ini gabungan Design Ramadhan dan Aidilfitri. Size 8ft x 5ft jugak. Sebenarnya satu design ni , saje letak dua design dalam mock up ni.
Yang tadi size banner besar ni banner menegak 8ft x 9ft
Gabungan dari dua design cuma berbeza sikit. Size 8ft x 9ft
Ini pulak design bunting Size 2ft x6 ft
Gabungan design Ramadhan dan Aidilfitri Size yang sama 2ft x 6ft
Alhamdulillah siap sebelum puasa dan pihak Sumai Hotel berpuas hati dengan semua design dan ada dikongsikan hasil kerja Fiza lepas proses printing siap. Syukur takde apa error atau apa apa masalah design lepas printing.
Okay nak promote sikit, sesiapa yang stay di Terengganu bolehlah berbuka puasa dan join sambutan Aidilfitri akan datang di Sumai Hotel. Harga sangat berpatutan dan menu pun semua sedap sedap disediakan. Nak tahu lebih lanjut boleh singgah ke website atau faceook ye kat link bawah ni.
Website
Facebook
https://www.facebook.com/sumaihotelapartment
Notapink : Terima kasih untuk mereka yang memberikan kerjasama yang baik dalam menyiapkan design ni dan juga mereka yang memberi peluang pada Fiza untuk design semua ni.