10 Malam Terakhir Ramadhan adalah malam malam yang sangat istimewa. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam. Di antaranya adalah malam Lailatul Qadar, malam yang lebih mulia daripada seribu bulan dengan kita beribadah dimalam tersebut.
Malam Lailatul Qadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana diturunkan al-Quran pada malam tersebut, turunnya para malaikat, melimpahnya rahmat dan keampunan Allah serta Allah akan menganugerahkan keagungan (kemuliaan) kepada mereka yang beribadat pada malam itu.
Hidupkan sepuluh malam terakhir Ramadhan dengan amal ibadah dengan memperbanyakkan solat sunat seperti tahajjud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah SWT seperti mana Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf di masjid.
Sedar tak sedar cepat betul Ramadhan berlalu pergi.
Sedar tak sedar cepat betul Ramadhan berlalu pergi.