Resepi Popia Nestum Mudah | Sempat lagi kamiorang buat popia nestum sebelum balik kampung. Siang dah beli barang, malam pulak siapkan projek kuih raya. kalau tak sempat nak buat, boleh simpan resepi untuk tahun depan atau buat kudapan je pun boleh :)
2. Matikan gulungan dengan gam menggunakan tepung yang dibancuh dengan air.* adunan tepung dan air jangan cair sangat.
Bahan²
1 packet kulit popia
1 cawan nestum original [*blender]
1/2 cawan horlick [*blender]
1/2 cawan gula kastor atau boleh blend gula biasa jadi gula halus
Tepung gandum 2 sudu
air secukupnya.
Lidi
Cara²
1.Ambil sekeping kulit popia gulungkan dengan menggunakan lidi.
2. Matikan gulungan dengan gam menggunakan tepung yang dibancuh dengan air.* adunan tepung dan air jangan cair sangat.
3. Gunting secara menyerong mengikut size yang korang nak.
5. Masukkan popia yang dah siap digoreng tadi ke dalam bekas dan gaulkan bersama gula,nestum dan horlick. Siap!
Tersangat mudah untuk siapkan kudapan raya ni. Selamat mencuba :)