Salam Aidilfitri buat semua umat Islam. Selamat menyambut hari kemenangan setelah berjaya menundukkan nafsu ammarah di sepanjang bulan Ramadhan. Kemeriahan hari raya pasti lebih dirasai apabila laungan takbir bergema kan. Bunyi mercun sana sini tak kurang hebatnya.
Moga Syawal yang tiba disambut dengan adab disunatkan mandi sunat hari raya, memakai pakaian cantik dan bau bauan menunaikan solat sunat hari raya. Tak lupa juga bermaaf maafan antara kita dan saling ziarah menziarahi.
Tahun ni sambutan ala kadar je bersama suami. Pertama kalinya beraya sebagai seorang isteri dan beraya di kampung mertua. Tak sabar nak rasa suasana baru. Hari kedua baru balik beraya dengan mak abah dan family kat kampung. Kami tak gaduh gaduh nak balik raya. Masing masing tak kisah raya kat mana mana pun boleh. Yang penting adil sebab mesti raya dua dua tempat. Nasiblah dekat walaupun Johor-Negeri Sembilan. Alhamdulillah...
Sempena raya, kenalah tukar header raya juga kan.

Harap tahun ni dapat beraya di rumah rakan blogger pulak. Tak sabar nak rasa juadah raya. Adik adik tak payah nak main mercun sangatlah ye. Tak pasal pasal kalau kurang bernasib baik lain pulak jadinya. Kan dah tak best raya camtu. Ok korang selamat beraya :)
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,Kosong kosong ye?
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata
Dalam gurau & senda tentu ada khilaf & dosa.
MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Moga silaturahim diberkati Allah