Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8043

Kad raya dari blogger Nurdani, Shida Radzuan dan Caliph Shuriken

$
0
0
Makin nak raya,makin banyak kad raya di kirimkan ye.Jangan pulak posman buat hal tak hantar semua kad kad raya tu kan.Walaupun hanya kad raya tapi sangat sangatlah bermakna kepada pengirim dan penerima.Walau dah maju sangat sangat tapi jangan lupakan yang tradisional ni.Kalau dapat kad raya lebih happy dari dapat kad ucapan melalui internet kan?Betul tak?

Terima kasih sangat untuk blogger blogger yang sudi kirimkan Fiza kad raya tahun ni.Kalau dulu zaman sekolah dok gantung kad raya kat pokok bunga.Zaman sekarang macam takde idea nak buat apa.Simpan buat kenangan je.

Kad Raya sekarang lebih advanced.Boleh customize mengikut citarasa sendiri.Design sendiri je kan.Nampak lebih menarik kan sebab limited edition tak sama dengan yang lain.Fiza suka betul dengan idea kad raya dari Nurdani ni.Bukan setakat design je menarik tapi kreatif sangat!Gambar si gadis comel[dani lah tu kan!] dan pelita tu ada double lukisan.Means dia tampal macam jadi 2 layer.[tak tahu nak terangkan macam mana].Seriously sangat menarik idea tu.Kombinasi warna pun cantik!Dapat pulak sticker couple tu ha..lagilah suka!

Rugi kalau korang tak pernah kenal dia.Ni blog dia >>Younique Nurdani

Dah melawat blog Dani?Kalau dah bagus..sekarang tengok pulak kad raya dari Shida Radzuan.Si gadis biru yang memang suka warna biru.Kalau dah suka biru,confirmlah kad pun biru kan.Thanks Shida sebab gunakan vector potrait yang Fiza buat tu.Dah jadi trademark shida dah tu.hee..Kad Shida simple dan design pun smart.Siap ada ucapan lagi tu.Nice sangat!

Rugi jugak kalau tak kenal si gadis biru ni.Macam macam korang boleh dapat kalau terjah blog dia>>DuniaShida

Last but not least, back to tradisional design.Masih ada ready made card yang  masih cantik macam dulu.Rindu pulak zaman dulu bila dapat kad macam ni.Seriously terasa suasana zaman sekolah..cewahh..ade la cerita tu kan.


Lepas tu siap ada ucapan pulak.Tersenyum je membaca.



Walaupun jarang bersembang dengan rakan blogger caliph shuriken ni tapi rajin je singgah ke sini.Dapat pulak kad dari dia.Thanks sangat Caliph Shuriken

Thanks untuk bloggers yang sentiasa datang sini, support blog ni dan memberikan sesuatu yang sangat bermakna untuk Fiza. Moga kalian juga dimurahkan rezeki dan maju dalam dunia blog sendiri.Yang penting tulis blog untuk sesuatu yang bagus bukan gossip atau cerita yang kosong semata mata ye.Dengan berblogging boleh jalinan hubungan yang baik antara blogger..gitu kannn

Alhamdulillah tahun ni dapat jugak Fiza membalas kad kad raya tahun ni dan tahun lepas. Kalau ada yang tertinggal tak dapat sila inform ye.Tapi tahun ni Fiza bagi kad cinta sekali.heee

Notapink : Maaf sekarang jarang update blog,makin busy dengan persiapan terpenting dalam hidup.Tak sampai sebulan je lagi..nervous! Minggu depan start cuti balik kampung. Yeay! Mungkin akan sangat jarang update.Wait for me ya..Nak aktif macam dulu jugak  tapi buat masa ni masa tidak mengizinkan.=__='



Viewing all articles
Browse latest Browse all 8043

Trending Articles