Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8057

Oh Gigi

$
0
0
Hidup seseorang takkan lengkap tanpa sakit gigi. Kalau dah sakit boleh buat stress dan rasa nak jadi hulk je kan. Dan sakit boleh sampai ke kepala tu. Pernah rasa?

Oh gigi...Beberapa bulan yang lepas pergi buat tampalan kat klinik gigi swasta tapi selepas beberapa bulan tampalan tu broken, terus jadi sakit. Bayar punyalah mahal tapi takde quality..Dua ratus lebih jugaklah habis,nak gigi eloklah kononnya malas nak tunggu since klinik swasta je pun yang bukak on weekend. Klinik kerajaan nak tunggu weekdays baru boleh pergi. Hubby pulak susah kot nak dapat cuti. 

Since selasa dapat cuti so pergi jugaklah klinik kerajaan. Risau jugak nak kena cabut gigi, dulu masa kecik je pernah sekali cabut. Now dah besar ni takut lah pulak kan. Mana taknya yang nak cabut tu gigi geraham kecil atas tu. Memang dah takde function bila dah broken better cabut dari sengsara menahan sakit.

jenis gigi
Alhamdulillah so far lepas bius dan cabut memang tak rasa sakit pun.Cuma bile nak cucuk bius 2 tempat tu memang rasa sakit sikit la. Lepas cabut darah pulak tak henti keluar, dah rasa telan air liur perisa darah pulak dah. asyik tukar kapas je la kat rumah. malam sikit baru okay darah dah mula berhenti. Cumanya sekarang terasa sakit lagi walaupun dah cabut..Mungkin amek masa untuk pulih kot. nasiblah tak demam. Harap okay je dapat habiskan puasa enam lagi 2 hari ni je lagi. Dah makan ubat tahan sakit pun tak de kesan...Dugaan =__=' Bertabahlah...


Bye bye gigi geraham kecilku yang telah berkhidmat selama ni...jasamu dikenang. Oh Gigi memang sakit kalau kamu sakit...

gigi pra molar
Notapink : gagahkan juga buat kerja even doktor kata rehat je jangan buat kerja berat ye. Mood design pun kelaut dah ni..Sorry customer.

Korang ada petua nak hilangkan sakit lepas cabut gigi?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8057

Trending Articles