Surah Al-Kahfi adalah surah Al-Makkiyah yang memiliki 110 ayat. Banyak hadis yang telah menceritakan kelebihan surah ini. Antaranya ialah:
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barang siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH akan meneranginya dengan cahaya di antara dua kali jumaat." ( H.R Hakim di dalam Mustadrak)
Al-Quran adalah kitab suci umat Islam yang memiliki banyak kelebihan daripada seluruh kitab-kitab yang lain dan Membaca al-Quran dinilai sebagai suatu ibadah yang besar. Surah Al-Kahfi Antara surah-surah yang memiliki kelebihan dan keistimewaan ketika membacanya pada hari Jumaat.
Jom luangkan walau sedikit masa untuk membaca di hari jumaat yang indah ini. Kenapa tidak kita berlumba² untuk meraih nikmat dan anugerah dari Allah SWT ni.
Salam Jumaat :)