Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Zikir Harian

$
0
0
Zikir Harian untuk di amalkan setiap hari tanda hati kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut dan mengingati Allah, hati akan menjadi tenangBerzikir tidak semestinya berada diatas sejadah. Kita boleh berzikir sambil melakukan kerja harian dan dimana juga kita berada kecualilah di dalam tandas/bilik air.

Sama samalah kita amalkan zikir harian ni. Sekurang-kurangnya dengan amalan berzikir ini sebagai menampung bekalan amalan kita.


Zikir Harian

Kurangkan bercakap sesuatu yang tidak berfaedah dan sia-sia yang boleh mengundangkan dosa. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah SWT. Tidak kira di mana dan apa juga yang dilakukan, hati kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut dan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. 

Jangan bercakap melebihi ZIKRULLAH, sesungguhnya dengan banyak bercakap dan ketawa akan mengeraskan hati, dan apabila hati keras ia akan menjadi semakin jauh dari ALLAH SWT.

Salam Jumaat. Jangan lupa membaca surah Al Kahfi.

*Zikrullah- Mengingati Allah


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles