Untuk wedding Fiza ni, Fiza memang nak DIY mana yang Fiza mampu dan sempat buat.Mula mula memang berhasrat nak buat bunga telur sekali macam bunga pahar.Tapi giler kot nak buat beratus bunga telur atau up beribu..So amek keputusan nak DIY bunga telur untuk bunga pahar je la.
Takyah cakap banyak kan.Ni Fiza buat ikut tema warna wedding Fiza.So,korang buat ikut tema warna korang lah ye.
2 Helai crepe paper [ Size mengikut size yang korang rasa sesuai]
2 Helai crepe paper[berbeza warna dan size ikut size yang sama dengan 2 helai crepe lain]
Dawai [ kat kedai ada jual pack,dawai ni dah siap dipotong pendek]
Pita pelilit [Ada banyak pilihan kat kedai,pilih ikut warna tema.Kalau susah nak pilih ambil je warna putih]
Riben
Sarung telur [ untuk sarung telur ni better beli yang macam style sarung buah pear tu so telur tak mudah terkeluar]
Sarung telur [ untuk sarung telur ni better beli yang macam style sarung buah pear tu so telur tak mudah terkeluar]
Gunting
Bila dah tersedia semua bahan.Boleh mula buat bunga.Ikut je step kat bawah ni.Fiza tak sure bunga apa ni.Asal sedap mata memandang dah ok da kan ^___^.
Lilit bunga bermula dari atas ye,kemudian dah lilit kebawah tu,lilit sarung telur [ make sure kedudukan sarung telur tu ke atas dan lebih kukuh sebab bila letak telur dia akan lentur ke bawah ].Lilit sampai bawah.Kemudian riben tu boleh ikat kat luar selepas lilitan siap!
Ok siap 50 kuntum bunga telur.Bila dah cukup,siaplah bunga pahar wedding Sihatimerahjambu ni.Simple dan menarik kan.
Ok,dah dapat idea da?Boleh guna idea ni.Untuk style bunga tu sebenarnya korang boleh google je jenis bunga apa yang korang nak.Kene rajin nak DIY ni.Kalau sabar dan rajin gerenti hasil kerja tu lagi bernilai dan sangat bermakna pada korang..percayalah! ^____^.