Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Proton Iriz (PCC-Proton Compact Car)

$
0
0
Proton Iriz (PCC-Proton Compact Car) akhirnya telah dilancarkan secara rasminya oleh Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad di kilang pemasangan Proton, Tanjung Malim pada 25 September 2014 lepas.

Proton Iriz (PCC-Proton Compact Car)
Credit Image : paultan.org
Proton Iriz ditawarkan di dalam lapan varian keseluruhannya di dalam tiga peringkat; Standard, Executive dan Premium. Dua warna baru diperkenalkan khas bagi Iriz, iaitu Citrus Green dan Silver Moon Dust. Harga jualannya bermula dari RM42,438 hingga RM62,888.

Satu daripada kelebihan utama model ini adalah ia dilengkapi dengan sistem keselamatan yang komprehensif dengan sistem Kawalan Dinamik Kenderaan yang lengkap merangkumi ciri ABS dengan EBD, Brake Assist, Kawalan Kestabilan (ESC), Kawalan Cengkaman (TC) serta sistem beg udara SRS yang menyeluruh (bagi varian Premium).

Nampak cantik rekebantuk dan padanan warna kereta proton Iriz ini. Sekali pandang macam design Honda Brio dan Kia Rio. Bakal menjadi kereta idaman muda mudi nampaknya ni. Tahniah proton!

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Proton PCC ni boleh klik pada iklan yang ada keluar gambar proton PCC  okay :)

Thanks Nuffnang untuk CPUV Proton PCC ni. Harap bertambahlah sehari ke sehari ye.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles