Kemain lagi nama menu Mee Goreng Kampung Ala Western gitu. Inspirasi idea dari kakak Fiza. Biasanya Nasi Goreng Kampung kan, kali ni di applikasikan untuk mee kuning pulak. Cara dan bahan sama bezanya cuma mee kuning dan nasi je la dan tambah black pepper sikit untuk jadikan dia ala western kononnya.
Gabungan tradisional dan moden yang menjadi. Walau nampak pucat je tanpa warna tapi sedap. Lagi sedap kalau korang masak pedas!
Ada yang nak mencuba. Meh tengok Resepi Mee Goreng Kampung Ala Western simple ni.
Bahan bahan
Mee kuning * Make sure rendam dengan air panas dan bilas untuk hilangkan rasa kapur.
1/2 biji bawang merah besar ( Nak guna bawang merah kecil pun boleh dalam 3ulas)
2 ulas bawang putih
Cili api ( ikut kepedasan sendiri la nak sukat banyak mana)
Sayur sawi ( sayur lain pun boleh ikut citarasa la ye)
1 biji telur
garamMinyak masak
Black Pepper
Cara cara
1. Blend bawang merah, bawang putih dan cili2. Panaskan minyak dalam kuali
3. Tumiskan bahan blender tadi sehingga naik bau dan garing4. Masukkan garam sikit
5. Masukkan sawi biarkan masak seketika dan masukkan telur dan kacau.
6. Last sekali masukkan mee kuning kemudian black pepper. Kacau rata dan siap!
Mudah je kan. Selamat mencuba :)