Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Santai di Chemistry Cafe + Lab

$
0
0

Semalam kebetulan singgah di Shah Alam dalam pukul 3 petang macam tu. Perut pun dah lapar. Sebelum tu ada mintak suggestion rakan facebook kat mana tempat makan/restaurant yang sedap kat Shah Alam tu memandangkan Fiza dah lama betul tak ke Shah Alam sejak habis study. Lagipun semua dah banyak berubah. Makin crowded dan makin sesak pulak tengok Seksyen 7 Shah Alam. Penuh dengan pelbagai kedai yang membangun.

Di antara cadangan yang ada, Fiza pilih untuk bersantai di Di Chemistry Cafe + Lab memandangkan dah nak waktu minum petang kan. So nak santai je la minum teh ke kopi petang petang ni. Ini dari luar rupa Chemistry Cafe + Lab ni..Cafe yang bertemakan makmal kimia kononnya. Cuba tengok dari luaran cafe ni. Nampak kelalang kon tu dan suasana cafe macam biasalah cantik, dengan design tu. Rupanya Cafe ni dekat je pun dengan rumah sewa masa study dulu. Kalau ada dulu, hari hari lepak sini kot.

chemistry cafe

Kat dalam ni ada nampak tabung uji, picagari, kelalang berdasar rata, rak tabung uji, kaki retort dan pengapit dan macam macam lagilah ada.. Pelbagai jenis sudut dan jenis set table yang ada. Kalau kat luar macam bar, masuk dalam sikit macam restaurant biasa, ala ala sinki lab ada bunga dalam tu dan ada lagi yang Fiza tak ingat lah. Memang seronok tengok deco cafe yang unik ni. Husband pulak memang jiwa dia kat makmal. So memang seronoklah dia. Husband order dulu..macam biasa sistem order dan bayar di kaunter dulu.

chemistry cafe

Di sebabkan minum petang so just order yang biasa biasa je la. Lagipun dah lama teringin nak makan lasagna ni. Order dua lasagna chicken..Nanti berebut pulak..hehe..Ke tak cukup kalau order satu? :p

lasagna chemistry cafe

Kamiorang order ice capppucino satu je. Ingat nak minum la hot drink tapi macam panas je kan cuaca sekarang ni. So order ice cappucino. Order satu je..share. Tengok je la order satu dah cukup untuk berdua. Banyak satu gelas berbentuk bikar sukatan ni.  Ada jugak tengok orang lain order minuman apa ntah dia letak dalam kelalang kon. Macam comel je..kreatif betul dorang ni.

ice cappucino

Total loss petang semalam RM30. Puas hati makan :). Kalau korang nak rasa suasana macam ni jangan lupa singgah dan rasakan sendiri. seronok bersantai kat sini sambil bersembang.

The Chemistry Cafe + Lab
No.26 Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7
40000 Shah Alam, Selangor 
017- 6262797
chemistry cafe

Dah kenyang lepas tu lepak kat cafe fakulti kejuruteraan tempat makan zaman study dulu. Kebetulan nak jumpa kawan husband so Fiza kira mengimbas kenangan lalu lah kononnya..UiTM di hatiku katanya. Banyak jugak dah berubah kat dalam UiTM tu..rasa nak sambung master je pulak. Ntah bilelah ye.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles