Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all 8154 articles
Browse latest View live
Door Gift Kekacang Dalam Botol
0
0
Semacam nampak sibuk je semua orang hari sabtu dan ahad yang dah berlalu. Masing-masing mungkin sibuk dengan tarikh 11.11 dan sibuk dengan aktiviti yang lain. Fiza pun tak ketinggalan pergi majlis kenduri kahwin sepupu husband 11.11 yang lepas. Senang nak ingat tarikh tu dan ramai sungguh pilih tarikh tu untuk buat majlis sampai satu tempat ada 2 majlis. Semua pakat berebut nak buat hari tarikh 11.11 tu ye.
Tahniah buat semua yang melansungkan majlis bertunang, bernikah dan lain-lain. Salah satu benda yang diberikan untuk tetamu adalah doorgift kekacang yang di letakkan di dalam botol comel macam ni. Sekarang zaman bunga telur dah berlalu. Dah banyak door gift yang macam-macam diberikan oleh tuan rumah.
Bekas plastik atau botol kaca yang comel dah banyak digunakan untuk meletakkan kekacang, pop corn, biskut dan sebagainya untuk para tetamu. Sangat menarik. Botol tu pun nanti boleh digunakan untuk simpan apa yang patut dan boleh juga dijadikan perhiasan dalam rumah.
Door gift macam ni agak mahal juga costnya. Harga botol kaca lebih kurang RM1, kekacang sen-sen, tali sen-sen dan sticker sen-sen. Lebih kurang kos untuk satu botol lebih kurang RM2 lebih. Okay, Fiza tolong kira untuk kau orang yang nak buat door gift macam ni nanti. Kena pandai cari supplier botol kaca murah dan kekacang murah. Baru lah tak over bajet untuk door gift sahaja. Fiza antara orang yang suka jenis door gift macam ni sebab comel dan cantik. Memang simpan buat kenangan. For sure tetamu yang dapat ni tak kan buang.
Lasagna Frozen Tesco Murah
0
0
Hai peminat Lasagna! Siapa suka lasagna? Kita geng! Sebenarnya macam dah lama tak makan lasagna. Tiba-tiba rasa nak makan lasagna pula. Agak mengada-ngada tekak ni pula kan. Bukanlah mengidam pun, cuma teringin makan sebab dah lama tak makan. Teringat sebelum ni blogger Yui pernah post kat facebook lasagna yang dia beli kat Tesco. Nampak macam menarik je tu.
Sudahnya Fiza pun terjebak sekali mencuba lasagna frozen daripada Tesco ni. Fiza ni memang mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Lasagna seperti memanggil manggil selagi tak cuba merasa. Rutin shopping Fiza biasanya dekat Mydin sebab Mydin macam-macam barang dapur ada kan. Tapi kebetulan nak beli minyak masak yang takde dekat Mydin, kat Tesco je ada. Jadi, dah alang-alang pergi Tesco, beli terus lah lasagna.
Fiza beli 2 jenis lasagna sebab nak rasa dua-dua. Beli lasagna frozen chicken & lasagna frozen beef. Harga setiap satu RM7.++. Kira murah lah berbanding yang dijual fresh home made tu. Kira okaylah nak membeli jenis frozen di Tesco ni sebab kalau teringin kau orang boleh dapatkan segera. Itu pun kalau stok lasagna masih ada lah.
Saiz lasagna ni macam besar  tupperware petak empat segi sama tu. Lebih kurang lah selaras dengan harganya. Dalam direction tu kata panaskan selama 6-8 minit tapi Fiza panaskan lebih kurang dalam 20 minit sebab kalau 6-8 minit masih berair sebab baru keluar peti ais sejuk beku kan. Tapi selepas 20 minit tu kejadian lasagna tu buat meronta-ronta nak makan cepat! Kecur air liur!
Rasa Lasagna Frozen Tesco Sedap Tak?
Jujur Fiza kata, boleh tahan sedap kena dengan tekak sendiri yang suka lasagna. Just nice lah orang kata. Bahan-bahan dan cheese pun secukupnya. Okaylah buat lepas layan tekak merasa daripada tak merasa lansung. Tak rugi mencuba rasa sebenarnya. Lepas ni senang lah kalau teringin makan, beli je kat Tesco. Murah dan berbaloi. Kalau kau orang rajin buat lagilah berbaloi masak sendiri. Betul tak?
Print Gambar Polaroid Murah
0
0
Semakin trending print gambar polaroid di media sosial. Kalau dulunya kamera yang menggunakan filem kodak memang wajib cuci kalau nak tengok gambar kan. Sekarang dah ada digital kamera, tak perlu dah nak print gambar bagai. Tengok je dalam kamera atau phone masing-masing. Pendek kata, tak laku dah nak print gambar di kedai.
Tapi dengan kewujudan print gambar polaroid ini membuatkan kau orang nak print gambar kau orang yang terperam lama tu kan. Simpan gambar banyak-banyak dalam phone atau komputer mesti jadi penuh atau tak tahu nak letak kat mana dah. Kena simpan dalam hardisk lah jawabnya sebagai back up. Selain tu, kau orang boleh back up dengan print gambar polaroid ni.
Boleh juga belek-belek gambar mengimbas kenangan. Selain tu, print gambar polaroid ni kau orang boleh hadiahkan kepada mereka yang tersayang. Boleh jadi hiasan untuk majlis kahwin, harijadi, hiasan meja study, bilik tidur dan macam-macam lagi boleh dibuat dengan gambar polaroid ni. Especially dibuat hiasan dan dijadikan sebagai hadiah.
Kalau kau orang tercari-cari kat mana nak print gambar polaroid, boleh contact whatsapp terus >> http://azhafizah.wasap.my/
Harga Print Gambar Polaroid
➽ Untuk followers blog Fiza, harga RM0.80 untuk sekeping
➽ Minimum print 20pcs
➽ 20pcs x RM0.80 = RM16
➽ Postage = RM8 SM | RM12 SS
Saiz Gambar Polaroid
➽ Saiz gambar 2R (6cm x 9 cm)
Berapa Lama Proses Tempahan
➽ Hanya ambil masa dalam 1-2 hari waktu bekerja
Pakej Print Gambar Polaroid Murah
➽ High  Quality Glossy Paper
➽ Gambar tak blur, 100% tak pecah
➽ RM0.80/pcs
➽ Minimum print serendah 20pcs
➽ 200pcs dapat RM0.70/pcs
Rumah Terbalik Tarikan Terbaru di Kuala Lumpur
0
0
Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia yang cukup terkenal dengan sebuah kota yang penuh kemeriahan tidak kira siang ataupun malam. Tidak hairanlah mengapa Kuala Lumpur sering menjadi tumpuan para pelancong ataupun rakyat Malaysia sendiri yang gemar menghabiskan percutian mereka  menginap di Hotel Kuala Lumpur. Memandangkan tidak lama lagi akan bermula cuti sekolah, mungkin Kuala Lumpur boleh di senaraikan dalam tempat percutian anda sekeluarga.
Bercuti di Kuala Lumpur dan bermalam di Hotel Kuala Lumpur akan membuatkan anda dapat melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk seisi keluarga daripada aktiviti lasak sehingga lah aktiviti santai samada berbayar atau percuma. Rugilah kalau dah bercuti di Kuala Lumpur tapi tak terokai semua tempat menarik yang ada di Kuala Lumpur yang gah ini.
Rumah terbalik atau lebih dikenali dengan nama Upside Down House suatu ketika dulu sangat popular di Sabah. Rumah terbalik salah satu tempat menarik wajib pergi sekiranya bercuti di Sabah. Rumah terbalik yang terletak di Sabah adalah rumah terbalik yang pertama di Asia Tenggara yang mempunyai struktur terbaik di didunia dan telah dinobatkan sebagai rumah terbalik pertama di Malaysia di dalam Malaysia Book of Records.
Kini, rumah terbalik bukan hanya terdapat di Sabah sahaja kerana kebanyakkan negeri-negeri di Semenanjung telah menjadikan rumah terbalik sebagai tarikan utama untuk pelancong-pelancong yang datang bercuti. Rakyat Malaysia yang berada di semenanjung berpeluang merasai pengalaman berada di rumah terbalik tanpa perlu pergi ke Sabah lagi. Salah satunya rumah terbalik yang anda semua boleh pergi adalah rumah terbalik di Kuala Lumpur.
Rumah Terbalik di Kuala Lumpur
Rumah terbalik di Kuala Lumpur dikatakan antara tempat menarik terbaru yang terdapat di Kuala Lumpur yang ramai tidak tentang kewujudannya. Bagi anda yang singgah di Menara Kuala Lumpur, jangan lepaskan peluang untuk singgah di rumah terbalik di Kuala Lumpur kerana rumah terbalik ini terletak di Menara Kuala Lumpur ( Kuala Lumpur Tower)
Menariknya, rumah terbalik ini adalah yang pertama wujud di Kuala Lumpur dan merupakan rumah terbalik yang tertinggi di Malaysia. Apa yang uniknya tentang rumah terbalik ni adalah kesemua barangan yang terdapat di dalam rumah ataupun luar rumah berada di dalam kedudukan terbalik. Keunikan sebegini memberikan pengalaman yang menyeronokkkan untuk semua pengunjung terutamanya golongan kanak-kanak.
Golongan dewasa juga tidak mahu ketinggalan merasainya pengalaman tersebut dan teruja untuk bergambar sakan ketika berada di rumah terbalik ini. Rekaan rumah terbalik juga mempunyai daya tarikan tersendiri selain berada di dalam keadaan terbalik, warna-warna yang digunakan juga sangat menarik dan menceriakan membuatkan pengunjung tidak mahu melepaskan peluang bergembira di apabila berada di sini.
Waktu Operasi
Setiap Hari (9.00am – 7.00pm)
Harga Tiket Upside Down House
Dewasa RM15
Kanak-kanak RM10
Alang-alang dah berada di Menara Kuala Lumpur, jangan lepaskan peluang juga untuk rasakan pengalaman berada di dalam Skybox sambil menikmati panorama kotaraya Kuala Lumpur. Skybox juga dalah tarikan terbaru yang ada di Menara Kuala Lumpur di mana ianya merupakan sebuah kotak berdinding dan berlantaikan kaca setebal 3 inci yang berada pada ketinggian 300 meter. Akan tetapi, ianya di buka untuk mereka yang berumur 13 tahun ke atas sahaja.
Harga tiket Skybox
RM105 untuk pelancong asing
RM75 untuk warganegara Malaysia.
Menginap di Hotel Kuala Lumpur
Rasanya tak puas jika bercuti di Kuala Lumpur dalam masa yang singkat. Sebaiknya ada perlu menginap di mana-mana Hotel Kuala Lumpur untuk menghabiskan masa cuti anda ketika berada si sini. Untuk percutian yang bajet, anda boleh memilih untuk menginap di Hotel Kuala Lumpur yang banyak menawarkan harga-harga yang sangat berpatutan.
Atau anda boleh pilih untuk menginap di hotel mewah yang terkenal seperti Grand Hyatt, The Majestic dan Capri By Fraser untuk kelesaan yang maksima. Terpulang kepada bajet dan keperluan masing-masing ketika bercuti di Kuala Lumpur. Yang pastinya bercuti di Kuala Lumpur akan memberikan kenangan bercuti yang menyerokkan buat semua orang walaupun Kuala Lumpur sebuah kotaraya yang sangat sibuk. Menginap di Hotel Kuala Lumpur pula akan memberikan pengalaman menikmati suasana malam yang penuh bercahaya dengan lampu warna warni.
Jika anda ingin menikmati lebih banyak keseronokan ketika bercuti, anda boleh terokai banyak lagi tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur seperti Menara Berkembar Petronas (Petronas Twin Towers atau lebih dikenali dengan KLCC), Batu Caves, Bangunan Sultan Abdul Samad, Sunway Lagoon Theme Park, Aquaria KLCC, Taman Burung (KL Bird Park) dan banyak lagi tempat-tempat menarik yang terkenal di Kuala Lumpur.
Jom Shopping di Kuala Lumpur!
Tidak lengkap kalau bercuti di Kuala Lumpur tanpa ber shopping. Sedia maklum kita tahu yang Kuala Lumpur sangat kaya dengan pusat membeli belah yang cukup besar dan mewah. Sebut sahaja barang apa yang anda hendak beli, sudah pasti ada di jual. Antara pusat membeli belah yang popular di Kuala Lumpur adalah Pavilion, Mid Valley Megamall, Berjaya Times Square, IKEA, The Curve, IOI City Mall, Quill City Mall dan banyak lagi.
Selain itu, anda boleh shopping sourvenir atau barang antik di Pasar Seni (Central Market) dan juga barangan murah di Chinatown/Petaling Street atau barangan berjenama di Bukit Bintang. Untuk memastikan anda berpeluang merasakan semua pengalaman di tempat-tempat menarik di sini, pastikan anda menginap di Hotel Kuala Lumpur yang lebih strategik.
Bercuti di Kuala Lumpur juga memberikan pengalaman yang menarik di mana anda berpeluang menaiki KRT (Light Rail Transit), MRT ( Mass Rapid Transit), KTM Komuter dan hop on hop off bus untuk terokai suasana Kuala Lumpur dengan lebih lagi. Jadi, anda tidak perlu risau untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain kerana terdapat banyak kemudahan pengangkutan awam.
Malah, dengan kemudahan sebegini secara tidak lansung boleh menjimatkan tenaga untuk memandu ataupun mengelakkan berhadapan dengan trafik jammed. Percutian anda sekeluarga menjadi lebih santai dan dapat menikmati percutian yang lebih bermakna bersama keluarga. Tambahan lagi, dapat menikmati permandangan Kuala Lumpur dari sudut yang berbeza yang tidak dapat di lihat jika anda menaiki kereta.
Bercuti di Kuala Lumpur adalah satu pengalaman yang menarik untuk di abadikan jika anda pandai merancang perjalanan percutian anda dan tidak merancang di minit akhir yang mungkin menjadikan percutian anda sesuatu yang tidak mahu dingati. Jadi, rancanglah percutian anda lebih awal dan rancanglah secara bijak supaya anda tidak membuang masa, tenaga dan duit anda  dengan sia-sia.
Untuk ketahui lebih banyak lagi tempat-tempat menarik atau tarikan terbaru yang anda tidak tahu di Malaysia, anda boleh lihat senarai Malaysia's hidden gems untuk anda masukkan dalam tempat-tempat yang wajib anda terokai semasa bercuti atau akan bercuti di masa akan datang.
Selamat bercuti!
Veil Kahwin Izara Aishah
0
0
Selamat pengantin baru buat pelakon cantik, Izara Aishah dan pasangannya Adib Khalid yang merupakan anak kepada Datuk K. Finally kahwin juga mereka berdua ni. Majlis pernikahan mereka berdua of courselah serba mewah dan gah.  Dalam gahnya ada juga yang tak kena di mata netizen.
Veil Kahwin Izara Aishah juga yang menjadi tarikan utama. Aduhaii... sila bertabahlah je lah. Paling pedih dan terkesan perekanya iaitu Rizalman. Fiza rasa veil kahwin ni confirm beribu harganya. Tengok je la hiasan penuh pada lace tu. Kalau menggunakan veil jenis kain lembut mesti flowy dan cantik kan. Apapun busana yang serba putih dan ringkas tu dapatlah sedikit sebanyak menutup  kekurangkan veil tu.
Selain baju kahwin yang cantik, suka juga tengok ukiran inai Izara Aishah yang unik, lain dari yang lain. Pelamin dia jangan cakaplah, memang cantik sangat. Warna putih memang pilihan yang tepat untuk majlis nikah. Tak pernah mengecewakan dan tak payah pening nak pilih warna apa sebab putih masuk je dengan warna lain.
Oh ya, bunga tangan juga unik okay! Macam candeliar gitu. Mungkin ada yang meniru gaya  kahwin/ nikah Izara Aishah lepas ni?
Kek Oreo Cheese Viral Guna 3 Bahan
0
0
Makanan viral kembali lagi. Masing-masing pakat cuba buat kek oreo cheese guna 3 bahan je. Ya, guna 3 bahan sahaja dah boleh siapkan kek oreo cheese yang super sedap katanya. Setakat ni Fiza belum terjebak lagi sebab bahan-bahannya belum beli lagi. Teringin juga nak menjebakkan diri dan mencuba rasa kek oreo cheese tu.
Dengar cheese pun dah rasa sedap bagi seorang yang suka cheese. Memandangkan menggunakan 3 bahan je, of courselah cara buatnya pun mudah je. Jom lah kita ramai-ramai cuba buat kek oreo cheese viral ni. Sebenarnya guna 2 bahan je iaitu susu dan biskut oreo. Bahan ketiga iaitu cheese untuk topping je.
Difahamkan bahan-bahan dan cara seperti ni sebenarnya dah lama wujud cuma masa tu tak wujud lagi media sosial dan perkataan viral tu. Kalau dah guna perkataan viral mestilah terlajak famous bila dah tersebar kan. Cakap banyak tak guna, jom kita buat kek oreo cheese!
Bahan-Bahan
Biskut Oreo ( 2 paket saiz panjang)
200ml susu segar/coklat (any brand)
Cheddar cheese (*Optional untuk topping)
Cara
1. Blend hancur biskut ( tak perlu asingkan krim dan biskut)
2. Masukkan susu sikit demi sedikit
3. Tuangkan adunan ke dalam bekas
4. Kukus selama 20 minit.
5. Sejukkan, kemudian terbalikkan dan parutkan cheddar untuk topping kek. Nak lagi sedap, taburkan chocolate chip.
Dengan bajet ciput bawah RM10 dah boleh dapat kek sedap dah! Itupun tanpa topping la. Kalau nak tambah topping kena tambah bajet sikit lah. Biskut oreo tu kalau nak jimat lagi beli kat kedai RM2 ada jual. Nak buat pun cepat siap. Kalau tak sempat nak beli kek tu, bolehlah buat kek oreo cheese viral ni.
Kredit : nurul diana
Giveaway Photo Polaroid Azhafizah.Com
0
0
Sempena buka kedai Print Photo Polaroid, Fiza nak buat satu "Giveaway Photo Polaroid" untuk semua blogger. Syarat-syarat mudah sangat. Tak perlu nak tekan follow atau like dan sebagainya. Hanya perlu buat satu entri copy paste dan letakkan link entri dalam kotak komen. Senang kan? jomlah beramai-ramai meriahkan Giveaway yang mudah lagi simple ni.
Ciri-ciri Photo Polaroid
• High  Quality Glossy Paper
• Gambar tak blur
• 100% tak pecah
• RM0.80/pcs
• Minimum print serendah 20pcs
• 200pcs dapat RM0.70/pcs
• Saiz gambar 2R (6cm x 9 cm)
• Siap dalam 1-2 hari sahaja
Hadiah
20pcs photo polaroid saiz 3R x 1 pemenenang.
20pcs photo polaroid saiz 2R x 1 pemenenang.
Tarikh Tamat
30 November 2017, 23:59
Note : Pemilihan pemenang secara random. Adil dan senang nak pilih. Keputusan adalah muktamad! Sekiranya pemenang tak tebus hadiah dalam masa seminggu, akan ditukar kepada pemenang yang lain. Tak kisah berapa ramai join pun giveaway akan tetap diteruskan.
Berminat untuk print photo polaroid murah, boleh terus email : azhafizahmdnor@gmail.com atau whatsapp terus >> http://azhafizah.wasap.my/
Cara Sertai Giveaway Photo Polaroid Azhafizah.Com
1. Buat entry bertajuk "Giveaway Photo Polaroid Azhafizah.Com"
2. Copy kod di dalam kotak dibawah dan paste dalam html compose entri.
Sempena buka kedai Print Photo Polaroid, Fiza nak buat satu "Giveaway Photo Polaroid azhafizah.com" untuk semua blogger. Syarat-syarat mudah sangat. Tak perlu nak tekan follow atau like dan sebagainya. Hanya perlu buat satu entri copy paste dan letakkan link entri dalam kotak komen. Senang kan? jomlah beramai-ramai meriahkan Giveaway yang mudah lagi simple ni.
Hadiah
20pcs photo polaroid saiz 3R x 1 pemenenang.
20pcs photo polaroid saiz 2R x 1 pemenenang.
Tarikh Tamat
30 November 2017, 23:59
Note : Pemilihan pemenang secara random.
Berminat untuk print photo polaroid murah, boleh terus email : azhafizahmdnor@gmail.com atau whatsapp terus >> http://azhafizah.wasap.my/
3. Publish entri.
4. Copy link entri dan paste di ruang komen ini.
Eyelash Hem Shawl Murah Mampu Milik
0
0
Kalau tak silap Fiza, shawl jenis eyelash jahitan hemming atau lebih dikenali dengan nama eyelash hem shawl mulanya keluaran dUCk scarves. Lepas tu owlbynd pula muncul dan sekarang sebut  je hem shawl, dah ada pelbagai jenama dan jenis di pasaran. Nak beli jenama yang gah, kau kena menabung dulu kalau nak beli sehelai. Apatah lagi berhelai-helai. Melainkan kau orang golongan bangsawan yang boleh beli apa saja.
Tak dinafikan jenama mahal memang setaraf dengan kualitinya. Kena tengok poket masing-masing lah ye. Bagi yang bukan sejenis yang ada-ada, haruslah memilih produk yang mampu milik daripada memilih jenama. Kalau dulu nak pakai hem shawl ni kena beli yang mahal. Tapi sekarang tak susah dah nak cari hem shawl. Berlambak peniaga jual di media sosial terutamanya instagram. Cari lah guna hashtag. Gerenti jumpa!
Dah jumpa, pandai-pandai lah survey harga sendiri. Kalau Fiza memang suka bandingkan harga sebelum membeli. Kemudian tengok jenis kain, saiz dan sebagainya. Biasanya kalau shawl Fiza suka pakai jenis heavy chiffon dan panjang 2m. Senang nak menggayakan shawl untuk apa jenis fesyen. Tapi rasanya fesyen yang sama je Fiza aplikasi kan pun. Sebab mungkin lilitan lain tak sesuai. Ada orang pakai shawl macam serabai pun nampak cantik. Sendiri pakai? Kelihatan macam makcik-makcik je.
Setelah survey, Fiza berkenan dengan eyelash hem shawl dari satu instagram ni. Harga masih mampu milik dan termurah antara instagram yang lain. Warna pun cantik-cantik sesuai dengan citarasa Fiza. Kau orang boleh dapatkan di instagram @b_comelscarf. Rambang mata nak memilih warna tu terutamanya warna pastel yang memang ramai suka. Kalau lambat beli memang tak dapatlah.
Fiza beli warna Chamoisee dan cidet blue. Saja cuba warna pastel. Asyik beli warna gelap je kan! Kali ni eyelash hem shawl beli warna pastel je. Harga RM35 sehelai sebab Fiza beli yang ada batu swarovski. Kalau plain RM32 dan ada banyak lagi jenis eyelash hem shawl. kau orang boleh terjah instagram b_comelscarf tu ye.
Kain dia memang jenis flowy dan lembut. Sesuai untuk di gayakan dengan apa juga jenis lilitan shawl yang kau orang suka. Fiza pakai macam biasa je! Gaya-gaya lain tak berapa selesa nak pakai. Kena pentingkan keselesaan dulu daripada gaya. Kalau tak selesa, rasa serabut je seharian. Eyelash hem shawl ni ada juga yang murah lebih kurang RM2+.00 sehelai tapi kena beli borong pula. Sudahnya Fiza pilih shawl yang mahal sikit sebab nak beli sikit je pun.
Comeback Giveaway by Raydah Alhabsy
0
0
Bulan November ni macam ramai blogger yang buat giveaway dan contest. Fiza pun tak ketinggalan buat giveaway juga. Ada rezeki dan masa lebih, buat giveaway untuk berkongsi bersama blogger lain. Dalam masa yang sama, blogger Ray juga sedang buat giveaway untuk penyertaan blogger Malaysia sahaja.
Jadi, kalau kau orang  blogger Malaysia sememangnya layak untuk sertai "Comeback Giveaway by Raydah Alhabsy" yang kini kembali aktif dalam dunia blog selepas lama menyepi. Comeback dengan mood baru, blog baru dan wajah baru blog juga. Welcome back Ray!
Hadiah Comeback Giveaway by Raydah Alhabsy adalah a jar of Organic Hair Removal by Norah, satu produk tempatan yang digunakan untuk membuang bulu-bulu. Kalau kau orang nak dapat hadiah tu, jangan segan silu join Comeback Giveaway by Raydah Alhabsy ye.
Syarat yang ditetapkan pun tak susah. Yang penting kau orang rajin buat entri. Malas karang ayat pun takpe, asalkan kau orang letak banner dan backlink kan kepada entri giveaway pun dah cukup dah. Ada masa sebulan lagi sebab tamat pada 20 Disember 2017.
Bila Ayam dan Pizza Bergabung. Meletop Ke?
0
0
Aduhaiii. Pantang tengok iklan makanan kat TV. Mesti nak! Selagi tak dapat, selagi tu lah rasa teringin lain macam nak rasa. Kau orang perasan tak iklan baru daripada KFC yang tengah promosi kan Chizza iaitu Chicken dan Pizza (CHICKEN X PIZZA). Sekali pandang terus request kat husband beli. Kuat betul pengaruh iklan makanan ni. Buat orang terliur je selagi tak dapat. Aduh!
Alhamdulillah, permintaan telah ditunaikan. Pertama kali tengok Chizza ni agak kecewa. Of courselah rupa paras tak sama dengan iklan tu. Saiz fillet ayam agak kecil, kalau tak silap saiz yang sama macam double down KFC sebelum ni. Cuma untuk chizza ni single fillet je lah. Itu yang tak puas makan. Kalau makan masa lapar ni confirm tak cukup satu. Cheese pun macam segan jadi topping fillet chicken tu sebab tak berapa nak banyak. Lebih bagus beli pizza lagi puas hati. Pendek kata, tak selaras dengan harga. Ke harga dah cukup standard dah?
So far okaylah rasa dia cuma mungkin saiz dan kuantiti cheese tak berapa. Mungkin juga kena cut sebab semua barang kan mahal sekarang. Jadi, kena faham kenapa harga mahal. Well, setakat dah rasa tu dah lah kot. Nak beli lagi lepas ni mungkin taklah, prefer beli ayam KFC yang sejak berzaman tak pernah mengecewakan. Tiada ayam goreng lain setanding KFC. Gituh! Ni puji kira nak backup balik yang komplen tadi. Boleh?
Bila ayam dan pizza bergabung confirmlah meletop! Rasa sedap dan pedas. Tapi kalau cheese banyak tu lagilah meletop rasa dia. Barulah jadi kegilaan ramai. Atau mungkin rezeki Fiza kali ni tak dapat cheese banyak. Kalau dah rasa, apa pendapat kau orang? Mungkin pendapat kita berbeza.
Giveaway Bday Anum 2017
0
0
Happy Belated birthday untuk blogger Anum. Ucapan untuk Anum, semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanafaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan, hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat. Aaminn...
Sempena birthday Anum, Anum mengadakan Giveaway Bday Anum 2017 untuk semua blogger sertai beramai-ramai. Giveaway akan tamat pada hari esok 24 November 2017 pukul 8:30pm. Sempat lagi kalau nak join ni sebelum tamat. Syarat mudah je!
Fiza tak pasti hadiah apa yang bakal dimenangi oleh pemenang. Yang penting kau orang join dulu. Kalau ada rezeki menang, kira rezeki kau orang lah tu.
Jaan Punching Bag
0
0
Ramai yang kongsikan cerita tentang Jaan Punching Bag di facebook. Mulanya tertanya-tanya juga apakah 'Jaan Punching Bag' yang dorang dok sibuk kongsikan tu. Nak kata viral, tak jugaklah kot. Bila ramai yang kongsikan sehingga puluhan ribu share, Fiza pun rasa nak tahu dan terjebak membaca kisah seorang gadis yang bernama Alisha.
Disebabkan Fiza bukanlah sejenis yang suka membaca novel, baca part 1 Fiza dah mula rasa bosan dan skip membaca part yang penting je. Macam kurang best penulisan penulis ni. Jadi, tak dapat nak fahami atau menghayati cerita ni sampai habis. Masuk part 2 Fiza baca sikit je sebab macam malas dah membaca cerita tu walaupun nak tahu sangat kisah benar ni.
Sudahnya Fiza tutup je lah sebab macam tak menarik untuk ambil tahu. Lagipun ada 15 part untuk cerita ini sahaja. Part 1 pun dah panjang, inikan Fiza nak habis baca sampai part 15. Memang tak lah kan. Kagum dengan mereka yang gigih membaca sampai habis cerita ni. Ada yang kata tak logik, ada juga yang menangis selepas membacanya.
Bagi kau orang yang nak tahu sangat tapi malas nak baca macam Fiza sebab tak minat baca macam penulisan novel, baca je sipnosis yang dikongsikan oleh Shahada Fauzi. Thanks sudi kongsikan, senang baca sinopsis je. Terus faham cerita Jaan Punching Bag ni.
Sipnopsis Jaan Punching Bag :
Kisah hidup sorg budak pompuan yg kematian ibu pd umur 9 thn. Bapak start buat perangai gila pompuan dan dadah bila ibu dia sakit teruk. Ibu meninggal dia kena dera dgn bapak. Sampai 2 kali kawen usia muda sebab macam bapak jual utk langsai hutang.
Kena kawen umur 12thn. Tapi secara sembunyi sbb masih bawah umur. Jadi hamba s*** je kat suaminye. Bila famili laki hampir dpt tahu perkahwinan rahsia dorg tu dia kena cerai.
Umur 15 thun kena kawen dgn Pakistan umur 49tahun. Kena kongkong. Sama jln hidup dgn laki 1st. Jadi hamba s*** jgk. Lagi tragis. 😅
Kena dera dengan famili laki tu masa kat pakistan. Anak dia kena ambik dgn famili laki tu. Tinggal kat Pakistan. Dipisahkan dari dia. Dah cerai dengan Pakistan. Cuma masih berhubung sebab anak.
Skrg umur pompuan tu dh 16 tahun. Dah hidup bebas dr cengkaman lelaki2 yg kawen dgn dia utk jadikan dia hamba s*** je. Sedang bina hidup baru. Bapaknye dah insaf. Katanye baru meninggal.
Punching bag sebab dia selalu kena pukul dengan bapaknye. Lepas tu dengan suami yg Pakistan tu pulak. Katanye org nye lawaaaa amat. Ada penulis tu kongsi gambar.
Fiza pun tak pasti ini kisah sebenar atau tidak.  Wallahu a'lam. Kalau ianya kisah benar, moga Allah lindungi Alisha dan dipertemukan dengan anaknya.
Give Away Hadiah Misteri dari ASTraveler!
0
0
Selamat pagi sabtu! Mendung dan sejuk nampaknya cuaca panas. Mengundang untuk sambung tidur ni. Agak blur pagi nak tak tahu nak update apa sebenarnya. Disebabkan semalam blog sunyi tanpa update sebarang entri, so pagi ni Fiza update entri giveaway je lah ye memandangkan ramai yang invite join giveaway ni. Fiza tunaikan satu persatu mana yang Fiza sempat nak join.
Mana-mana giveaway yang Fiza tak sempat nak join tu jangan cop Fiza sombong ye. Mungkin ada sesetengah giveaway agak susah syaratnya dan mungkin hadiahnya tak sesuai untuk Fiza. Jadi, lebih baik Fiza peluang itu bagi pada mereka yang lebih layak sepatutnya terima. Nak berkongsi tentang giveaway yang kau orang buat pun, Fiza approved mana-mana link giveaway  yang kau orang letak dalam ruangan komen. So that orang lain boleh join sama walaupun Fiza tak join.
Tak perlu nak cop atau kecam sudah ye. Harap jelas penjelasan tu. Well, terbebel panjang pagi-pagi ni. Okaylah, bebel nak bagi penuh ruangan entri ni daripada kosong letak gambar je kan. Walaupun tahu tak semua orang suka baca artikel penuh. Ye lah, dalam entri cerita lain tapi dia komen lain. Itu salah satu tanda nak tahu orang tu baca entri atau tidak. Hihi
Kalau kau orang masih belum join giveaway hadiah misteri dari ASTraveler ni, silalah join sebelum tamat pada 31 Disember nanti. Seramai 10 orang pemenang di cari dan hadiahnya adalah misteri. Dah namanya giveaway misteri, of courselah hadiahnya juga misteri. Harap bertuah menerima hadiah misteri tu. Aaminn...
Fattzura Bersatu
0
0
Sensasi sungguh kisah cinta #fattzura (Fattah Amin dan Fazura) ni sampaikan Fiza sendiri tiba-tiba terjebak ambil tahu. Baru minggu lepas mereka umumkan bakal bernikah tahun depan, tup-tup dah selamat nikah malam tadi dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Dengan sekali lafaz, Fazura sah bergelar isteri kepada Fattah Amin. Alhamdulillah, takde dah spekulasi yang macam-macam tentang perhubungan mereka. Fazura macam biasalah nampak cantik setiap masa apatah lagi berbaju serba putih rekaan Rizman Ruzaini ni. Nampak lagi berseri-seri pengantin baru ni.
Tahniah buat mereka berdua. Ada yang patah hati ke? Well, baguslah kalau dah selamat berkahwin. Tunggu lama-lama nanti melepas pula. Musim cuti sekolah ni dah mula dah kenduri sana sini. Bersedialah untuk makan nasi minyak je musim orang kahwin ni.
kredit : bharian.com.my
Potret Karikatur by SOPHEE STUDIO
0
0
Morning guys! Huh, rasa macam dah lama sangat tak menjengah blog. Padahal baru sehari dua je kot tak berupdate. Sibuk mengalahkan pak menteri! Alhamdulillah sebahagian kerja dah settle, tinggal sebahagian lagi kerja-kerja design yang masih belum siap. Terkejar-kejar nak buat kerja kononnya  nak siapkan sebelum cukup long weekend ni. Sudahnya tak sempat siap.
Bertabahlah lepas cuti kena pulun habis siapkan kerja. Sebelum blog terabai sempat jugalah Fiza join beberapa giveaway dan blogwalking. Itupun sikit je dapat blogwalking. Ada masa free nanti Fiza cuba ye datang blog kau orang. Mana Fiza tak sempat nak join tu, minta maaf banyak-banyak ye. Terima kasih sudi menjemput.
Dalam kesibukan, ada juga pengubat kesibukan kerja. Dapat email daripada Sofinah Lamudin yang baik hati bagi potret karikatur sebagai saguhati untuk semua blogger yang sertai giveaway yang dia anjurkan. Untung kan? Bukan senang nak dapat potret karikatur yang ohsem ni. Cantik kot hasil seni tangan Sofinah daripada Sopheestudio ni.
Hasil potret karikatur tu adalah hasil daripada gambar ini. Nampak macam seakan-akan sama tak? Of courselah nampak lebih kurang.
Bukan hanya dapat yang bewarna, dapat sekali potret hitam putih, bolehlah kalau nak warna kan ikut warna apa yang suka.
Terima kasih banyak-banyak buat blogger Sufinah yang berikan sudi berikan potret karikatur ini pada semua blogger yang join sementara menantikan keputusan siapakah pemenangnya. Harap-harap ada rezeki Fiza menang kali ni. Lama juga tak menang hadiah ni. hihi...Mana tahu rezeki akhir tahun.
Senarai Peserta Giveaway Photo Polaroid azhafizah.com
0
0
Terima kasih buat semua blogger yang telah sudi menyertai giveaway photo polaroid by azhafizah.com yang cukup mudah ni. Berakhirlah sudah giveaway dan sementara menunggu keputusannya, bolehlah kau orang berblogwalking dulu kalau ada masa. Fiza akan umumkan pemenang minggu depan ye selepas cuti long weekend ni. Harap sabar menanti. Kita tunggu siapa 2 orang yang bertuah menjadi pemenang dengan menggunakan random.org.
Senarai Link Blogger.
1. http://www.kisahsidairy.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom_22.html
2. http://www.pokucu.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
3. http://salatulzarida.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
4. http://najahmustapa.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
5. http://www.dorsettpink.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
6. http://www.leaazleeya.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
7. https://ikashoid.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
8. http://www.razanahanis.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
9. http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
10. http://belongtomee.blogspot.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
11. http://www.akifimtiyaz.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
12. http://ameridzuan.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
13. http://www.huhahuhajerr.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
14. http://ohthrillers.blogspot.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
15. http://colouroflifek.blogspot.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
16. http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
17. http://solehahgirlz.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
18. http://meinnameisthazrina.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
19. http://thezafirahnazri.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
20. http://lienliedot.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
21. https://kanvasdakwat.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizah-com.html
22. http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
23. https://namcomel-blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
24. https://belogsjm.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
25. http://irazulkeffele.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
26. http://penselduabee.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
27. http://muslimahsejati96.blogspot.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
28. https://itsnurulnajihah.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
29. https://blogalasapphire.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
30. http://seindahcerita.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
31. https://farhannajafri.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
32. http://myraaaaawr.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
33. https://messarah.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
34. http://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
35. http://theaaisya.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
36. https://faranina89.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
37. http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
38. http://www.syamimisaad.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
39. http://sujuelfarahin.blogspot.com/2017/11/gveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
40. http://www.ceriteraibu.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
41. http://www.mrspip.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
42. http://aimanziyad.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
43. http://www.myafarisha.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
44. http://cikrikaa18.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
45. https://asyiqin89.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
46. http://nonasani.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
47. http://www.zaizamree.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
48. https://cikash.blogspot.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
49. http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
50. http://redxky.blogspot.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
51. http://thezofiroh.blogspot.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
52. http://budaksukavanilla.blogspot.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
53. http://herneenazir.com/2017/11/24/giveaway-photo-polaroid-azhafizah-com/
54. http://www.pokcikblogger.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
55. https://galaksiviral.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
56. http://syaza-applemints.blogspot.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
57. http://www.fiezasani.xyz/2017/11/Giveaway-Photo-Polaroid-Azhafizah-com.html
58. http://www.anasuhana.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
59. http://www.mrsliez.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
60. https://jiabumface.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
61. http://nazatul-nashya.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
62. http://www.tengkubutang.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
63. http://honeyoyeke.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
64. http://www.kasihjuju.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
65. http://renex89.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
66. https://silverlightsoo.wordpress.com/2017/11/26/giveaway-photo-polaroid-azhafizah-com/
67. http://famf-tower.blogspot.my/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
68. http://www.jun-zie.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
69. http://www.naniena.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
70. http://marblemomo.blogspot.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
71. http://blognisalpunya.blogspot.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
72. http://www.suesopian.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html
Notapink : Kalau nama kau orang takde dalam senarai, boleh tinggalkan url di dalam kotak komen di bawah ye. Terima kasih atas kerjasama semua.
Salam Maulidur Rasul 2017 / 1439H
0
0
Salam Maulidur Rasul 1439H. Hari ini 12 Rabiulawal merupakan tarikh bersejarah untuk diingati oleh umat Islam diseluruh dunia. Sejarah di mana Nabi Muhammad S.A.W sebagai utusan Allah diutuskan untuk menghentikan segala kerosakan akhlak dan memimpin manusia ke jalan yang benar.
Setiap tahun sambutan maulidur rasul disambut dengan selawat ke atas nabi, bacaan suci ayat Al-Quran, berzanji, dan sebagainya. Tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini adalah " Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara". Sempena maulidur rasul ni sama-samalah kita menghayati perjuangan dan mencontohi baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga mencapai kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.
Salam Maulidur Rasul 1439H
Semoga semakin bertambah cinta dan sayang kepada Rasulullah S.A.W
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selamat bercuti semua
PEMENANG GIVEAWAY PHOTO POLAROID AZHAFIZAH.COM
0
0
Selamat pagi semua! Mesti kau orang yang menyertai giveaway Fiza mesti tertunggu-tunggu entry pemenang giveaway photo polaroid ni kan? Maaf buat semua tertunggu-tunggu sebab Fiza terlajak cuti. Jadi, lambat sikit nak umumkan 2 pemenang hadiah photo polaroid. Dengan menggunakan kuasa random.org yang memudahkan kerja mencari pemenang yang bertuah, dapatlah Fiza cari 2 orang blogger yang bakal menerima 20pcs photo polaroid.
Tahniah buat pemenang! Bagi yang tidak berjaya, ada rezeki di lain masa Fiza akan buat lagi giveaway yang simple macam ni ye. Terima kasih sudi turut serta.
20pcs photo polaroid saiz 3R
20pcs photo polaroid saiz 2R
Untuk pemenang, sila emailkan 20pcs gambar ke email di bawah ini beserta maklumat yang lain.
email : azhafizahmn@gmail.com
subject : Pemenang Giveaway Photo Polaroid azhafizah.com
Nama:
Alamat :
No.phone :
Link penyertaan :
Hadiah :
Disebalik Lagu Romantik Video Pernikahan FattZura
0
0
Eh, tak move on lagi ke dengan fattzura ni? Sejak Fazura dan Fattah Amin sah jadi suami isteri ni makin menjadi-jadi viral kemanisan fattzura ni. Ada yang dari tak minat mereka terus tersuka tanpa sengaja. Ada yang yang menyampah muntah hijau tengok pasangan bahagia ni. Well, biasalah pengantin baru. Haruslah sweet selalu dan diamalkan sampai bila-bila. Bukan baru kahwin je kena sweet romantik macam tu. Haruslah juga rindu walaupun masuk toilet sekejap.
Perasan sesuatu tak masa tengok video pernikahan Fazura dan Fattah Amin? Sesuatu yang dimaksudkan adalah lagu romantik dalam video tu yang menggunakan suara kanak-kanak perempuan. Sebenarnya bukanlah suara kanak-kanak sangat, kira remaja lah sebab penyanyi cilik tu baru je berumur 14 tahun yang bernama Harissa Adlynn Halim.
Lagu yang dinyanyikan oleh adik Harissa Adlynn dicipta oleh Aizat Amdan yang merupakan penyanyi dan komposer yang mana menulis lagu untuk Fattah Amin juga. Lagu tu pun dah ada official video music yang diterbitkan oleh Warner Music Official yang dikatakan OST untuk filem "Wanita Terindah" lakonan Fattah Amin dan Fazura sendiri. Wah sagat video dan lagu ni kan. Sangat memberikan kenangan manis untuk pasangan pengantin baru ni.
Apa-apa pun Fiza suka dengan suara Harissa tu. Sangat sesuai untuk tema pernikahan Fazura dan Fattah Amin tu. Kalau nak tahu, Harissa ni memang mempunyai latar belakang dalam bidang seni. Antaranya dia seringkali mewakili Malaysia di luar negara untuk persembahan tarian tradisional dan juga moden.
Harissa juga salah seorang pelajar cemerlang dan aktif dalam akademik. Pernah menyertai Asean Education Challenge di Chiangmai, Vietnam. Tahniah Harissa. Lepas ni ramailah cari Harissa untuk nyanyi lagu macam ni kan. Lagu ni juga ada versi Inggeris, liriknya ditulis sendiri oleh Harissa.
Dengar lagu >>>Harissa Adlynn - Aku Sayang Kamu (Official Music Video)
Lirik Lagu Aku Sayang Kamu -Harissa Adlynn
Dalam sendirian Wajahmu terbayang
Datang akan bulan
Menemani terang
Kau pejamkan mata
Mimpi-mimpi yang terindah
Aku sayang kamu
Tiap detik waktu
Ku ingin selalu
Dekat di hatimu
Biar selamanya
Kekal bahagia
Ku selalu menyayangimu
Sayang bersabarlah Ini sementara
Ku kan bersamamu
Hingga ke akhirnya
Jangan bimbang sayang
Mimpi-mimpi yang terindah
Aku sayang kamu
Tiap detik waktu
Ku ingin selalu
Dekat di hatimu
Biar selamanya
Kekal bahagia
Ku selalu menyayangimu
Aku sayang kamu
Tiap detik waktu
Ku ingin selalu
Dekat di hatimu
Biar selamanya
Kekal bahagia
Ku selalu menyayangimu
Aku sayang kamu
Tiap detik waktu
Ku ingin selalu
Dekat di hatimu
Biar selamanya
Kekal bahagia
Ku selalu menyayangimu
kredit : beautifulnara
Duck Giveaway by Blog Nadiaizzaty.nia
0
0
Sebelum tidur, jengah kejap blog yang agak suram akhir-akhir ni tanpa update. Mood tak sihat ikut tuan blog agaknya. Harap tekak ni cepat elok, kalau tak memang sakit tekak bila batuk. Nak buat kerja pun mood tergendala macam tu. Takpe lah, sakit itu penghapus dosa. Doakan tekak Fiza ni kembali sihat ye.
Fiza nak kongsikan satu lagi giveaway yang kau orang semua patut sertai iaitu Duck Giveaway by Blog Nadiaizzaty.nia. Hadiah dia memang semua perempuan akan suka sebab dUCk. Sebut je dUCk confirm kau orang pun teruja nak join kan? Nak join tekan je banner di bawah ni.
Selain dapat kawan baru dengan berblogwalking melalui giveaway ni, kau orang juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah seperti di bawah ni. Dua-dua pun Fiza suka sebab shawl tu warna favourite Fiza dan planner tu of courselah suka sebab warna favourite Fiza juga. Aduhaii..kalau dapat salah satu memang happy sangat! Harap ada rezeki Fiza. Nak juga merasa brand dUCk ni.
1st winner: Brand New Duck Scarves Satin Silk - Rich Monaco colour
2nd winner: Brand New Duck Whenever Planner ( pink colour ) + New ' Tadabbur ' book
All the best untuk semua. Jangan lupa sertai beramai-ramai ye sebelum tamat 25 December 2017. Sharing is loving.
Viewing all 8154 articles
Browse latest View live